Kekal Menawan Sepanjang Hari bersama THE FACE SHOP

Kekal Menawan Sepanjang Hari

Untuk solekan kekal sepanjang hari dengan hanya satu sapuan lembut pada wajah. Impian jadi nyata dengan penemuan baharu ini.

 

Memang impian semua gadis mendapatkan wajah mulus setiap hari. Lebih mudah andai solekan dipakai mampu mengekalkan kecantikan sepanjang hari. Oles satu bedak asas atau dua gabungan yang serasi sebelum meneruskan solekan lain.

 

Kemewahan produk kecantikan boleh dikecapi dengan rangkaian bedak asas Miracle Finish Cushion oleh THE FACE SHOP. Packaging rangkaian ini diberikan facelift yang membuak dengan unsur kemewahan sofistikated. Ia didatangkan dalam packaging baharu bewarna hitam dan putih — menandakan 2 koleksi yang berbeza. 

 

Miracle Finish Cushion White Collection didatangkan bersama tiga jenis formula bedak asas berkusyen yang berbeza, termasuklah CC Intense Cover Cushion yang menjadi kegemaran ramai si gadis fesyen, CC Ultra Moist Cushion dan Oil Control Water Cushion.

 

Bagi mereka yang lebih gemarkan warna hitam, rangkaian Miracle Finish Cushion Black Collection juga didatangkan dengan beberapa formula baharu seperti CC Cooling Cushion, CC Long Lasting Cushion dan BB Power Perfection Cushion.

See also
Korner Mak Datin: Kerana Birkin Madu Bergaduh

 
[envira-gallery id=”67971″]

Miracle Finish Cushion White Collection

 

Oil Control Water Cushion SPF50+, PA+++ 15g

 

Ia mengandungi bedak kapas asli bagi menyegarkan kulit tanpa minyak!

 

Walaupun ringan diaplikasikan di muka, namun ia memberi liputan yang cukup baik! Juga mengandungi bahan mengelakkan rembesan serum agar solekan dipakai tidak bergumpal kerana terlebih sebum. Ia juga buat mengekalkan kulit yang cerah dan senantiasa segar! Oil Control Water Cushion sangat sesuai bagi mereka kulit minyak ataupun bagi yang berkulit kombinasi kerana ia didatangkan dalam kemasan matte, dan aplikasi yang tidak berkilat!

 

CC Intense Cover Cushion SPF 50+, PA+++/15g

 

Bedak asas ini mengandungi molekul asid hyaluronic yang amat halus bagi kelembapan yang sepatutnya serta keselesaan yang tiada tandingan. Ia juga mengandungi tujuh jenis minyak bungaan serta ekstrak bunga bagi mengatasi masalah kulit kering.

 

Minyak bunga mawar memberikan rasa segar kepada kulit si pemakai manakala minyak bunga lavender pula meringankan kulit kusam. Jika kamu mahukan kulit kelihatan sempurna serta liputan yang tinggi, kusyen ini dihasilkan khas untukmu. 

See also
Lancôme Memperkenalkan Idôle Le Parfum Baharu

 

CC Ultra Moist Cushion SPF 50+, PA+++/15g

 

CC Ultra Moist Cushion merupakan bedak asas yang kaya dengan hasil yang melembapkan kulit kerana ia mengandungi bahan-bahan yang mampu mengembalikan keindahan kulitmu. Ia menghilangkan garis halus bagi kulit yang lembut serta memberikan kulit glow semula jadi!

 

Jika kamu mahukan bedak asas kusyen yang kaya dengan kelembapan, pilihan yang terbaik buatmu ialah CC Ultra Moist Cushion.

 
[envira-gallery id=”67972″]

Miracle Finish Cushion Black Collection

 

CC Cooling Cushion SPF42 PA+++/15g

 

Bedak asa kusyen ini melembapkan kulit kerana ia mengandungi 70% krim lembap dan 70% bahan-bahan penyaman kulit bagi aplikasi yang serba mudah. Ia mengandungi formula “minyak salju” yang dapat memberikan sensasi sejuk buat kulit di samping kelembapan ringan. Ia sangat sesuai buat mereka yang inginkan pelembap yang ringkas di kala panas melanda.

 

CC Long Lasting Cushion SPF50+ PA+++/15g

 

CC Long Lasting Cushion ini memberikan pencahayaan semula jadi tanpa pori dan gumpalan. Ia juga memudahkan sesi touch-up persolekan! Ia dihasilkan bersama film pelekat padat bagi mengelakkan mekap hilang atau tertanggal akibat peluh dan sebum. Ia sangat berguna jika kamu inginkan bedak asas kusyen yang kekal, dipakai bersama mekap berkali-kali. 

See also
Gaya Mermaid Kembali, Rihanna Berona Daring!

 

BB Power Perfection Cushion SPF50+ PA+++/15g

 

Ia mengandungi bahan-bahan yang melembapkan kulit serta mengekalkan keanjalan wajah. BB Power Perfection Cushion memberikan liputan yang tinggi bagi menyembunyikan kesan jeragat. Ia adalah seperti alternatif bagi kamu yang lebih mudah dibawa ke mana-mana sahaja jika anda pengguna tegar Power Perfection BB Cream oleh THE FACE SHOP.