Use your ← → (arrow) keys to browse
Tarte
Foto: Sephora
Foundation sentiasa menjadi elemen penting bagi menutupi segala spot yang ada di muka atau sebagai kemasan yang lebih cantik. ‘Marajuca Juicy Glow Foundation‘ merupakan koleksi terbaru daripada Tarte yang memberi medium flexible coverage dan berasa ringan apabila memakainya. Sfera marajuca berkapsul mencipta keembunan semula jadi kulit yang membuatkan kulit tampak lebih tegang, cerah dan licin. Produk solekan yang vegan dan cruelty-free ini, mampu menggaburkan pori dan garisan pada kulit serta boleh bertahan sehingga 16 jam!