Keharmonian Baharu Gucci Guilty - Glam Malaysia
Keharmonian Baharu Gucci Guilty

Keharmonian Baharu Gucci Guilty

Kenali wangian ikonik Gucci Guilty secara lebih mendalam, dan alami perjalanan baru yang menyeronokkan dalam keadaan bebas, tanpa batas!

Mula diperkenalkan pada tahun 2010, wangian ini terus mencipta gimik saban tahun dan kini menjadi salah satu daripada produk hero di Gucci Beauty. Alkisah kebangkitan semula wangian segar ini, mampu memikat hati sesiapa sahaja yang meminati dan mempunyai keghairahan akan minyak wangi yang terkenal dan ikonik ini. Kisah menarik dibuka dengan kempen global yang mewah, seiring dengan kebangkitan Gucci – berlangsung di bawah arahan kreatif Alessandro Michele. Alessandro menetapkan arah tanpa batas dan peraturan, sejajar dengan naratif yang membawakan sikap alam semesta Gucci. GLAM menyenarai tiga perkara penting yang perlu di ambil tahu dalam obsesi wangian #ForeverGuilty!

Penciptaan semula wangian Gucci Guilty Day De Toilette Pour Femme dan Pour Homme

Penciptaan semula wangian Gucci Guilty ini dengan hembusan baru pada reka bentuk botolnya. Dihiasi dengan kod kewanitaan dalam rekaan botol yang lebih tinggi dan langsing bak imej Gucci Guilty yang popular – kini diberi wajah baru dalam rona emas mawar logam. Ia dilengkapi dengan rekaan flacon kaca berat dibungkus indah dengan logam bewarna baru dengan penutup yang sepadan. Rekaan botolnya yang mendedahkan sebahagian daripada gelas lutsinar menyerlahkan lagi jus merah jambu yang lembut tersedia di dalam. 

See also
Gemilang Karpet Merah British Fashion Awards 2018
Ramuan istimewa untuk Gucci Guilty Eau de Toilette pour Femme

Gucci Guilty Eau de Toilette pour Femme dibuka dengan nada atas yang menyatukan kelopak bunga ungu muda yang segar dengan sentuhan sitrus yang berkilauan dengan kekayaan nota Amber dan Patchouli. Juga dipenuhi dengan suasana aroma yang diadun bersama nota Mandarin Sitrus dan Pink Pepper. Kualiti bunga Lilac digabungkan pula bersama buah pic dan rasberi, dengan nota Geranium Mesir yang mampu menghasilkan kontras lebih halus dan harmoni. 

Lana Del Rey dan Jared Leto

Deklarasi moden kehidupan bertemu seni yang menyokong ekspresi diri meraikan kegembiraan yang bebas. Diikat oleh pernyataan #ForeverGuilty – kuat memainkan pesona berfikiran terbuka yang suka bermain. Gucci Guilty juga memimpin kepekaan rasa bersalah untuk menjadi lebih bebas dalam menyahut cinta dan kehidupan. Lana Del Rey dan Jared Leto menyambung kembali daya alam semesta Gucci dengan penuh karakter, melambangkan gaya glamor retro Hollywood – dengan penyatuan Gucci Guilty Eau de Toilette pour Femme dan Eau de Toilette pour Homme. 

Anda boleh dapatkan Gucci Gulity EDT Pour Femme di setiap rangkaian butik Gucci dan Gucci Beauty serta secara online di Sephora.my dengan harga RM350/50ml Ataúlfos RM473/90ml

See also
COACH EAU DE PARFUM: Terjemahan Atitud Kool & Energi Kota New York

Artikel berkaitan Second Skin Effect di Gucci Beauty