7 Keajaiban Kulit Dengan THE FACE SHOP The Therapy First Serum

Kecapi 7 Keajaiban Kulit Dengan THE FACE SHOP The Therapy First Serum

THE FACE SHOP – THE THERAPY FIRST SERUM

Usia melangkau 25 tahun membuatkan kita lebih prihatin dengan masalah kulit seperti penuaan atau kedutan, pigmentasi, kulit tidak sekata dan banyak lagi. Malah mencari produk yang sesuai dengan keadaan kulit juga boleh menjadi satu isu.

 

Dengan inovasi terkini, THE FACE SHOP memperkenalkan The Therapy First Serum yang membantu memberikan penyerapan terbaik untuk setiap produk yang anda gunakan dalam rutin kecantikan anda. Sekaligus memastikan kulit anda menerima khasiat yang sepatutnya.

 

Serum ini, yang juga merupakan langkah penting untuk penjagaan kulit optimum, mengandungi gabungan formula zarah kristal, essential oil dan paduan air laut membantu mengembalikan keseimbangan kulit anda untuk penampilan dan keadaan kulit yang lebih cerah dan sihat.

 

THE FACE SHOP – THE THERAPY FIRST SERUM

The Therapy First Serum ini disarankan untuk digunakan sejurus selepas langkah cleansing untuk lebih penyerapan dan keberkesanan. Now here is where things get interesting. THE FACE SHOP juga telah memperkenalkan tujuh keajaiban serum ini untuk memudahkan rutin penjagaan kulit anda. Yakni The Seven Wonders of The Therapy First Serum.

 

  1. Sebagai langkah pertama rutin penjagaan kulit – Sebelum menggunakan toner anda, gunakan serum ini dulu untuk kesan optimum.
  2. Boleh diaplikasikan menggunakan teknik tujuh lapisan – Aplikasikan tujuh lapisan serum dengan menggunakan teknik tujuh lapisan Korea.
  3. Boleh digunakan untuk pengelupasan – Dengan menggunakan pad kapas teh hijau, letakkan sedikit serum untuk proses pengelupasan yang sederhana.
  4. Berfungsi sebagai mask – Salutkan sheet mask anda dengan The Therapy First Serum dan letak pada muka untuk 20 minit.
  5. Pengganti face mist – Hanya dengan mengisi botol semburan kecil, anda kini mempunyai face mist untuk digunakan sepanjang hari.
  6. Rawatan aroma terapi – Menggunakan tuala lembab yang suam, semburkan serum dan letakkan pada muka anda. Diikuti dengan teknik pernafasan untuk lima minit.
  7. Membantu menghilangkan stress – Gunakan teknik urutan face point untuk menghilangkan tekanan otot pada muka.
See also
Bvlgari Perkenalkan Magnifying, Sebuah Pengalaman Baharu Dalam Memakai Haruman

THE FACE SHOP – THE THERAPY FIRST SERUM