Kebersihan Diri Setiap Wanita Perlu Terap Dalam Rutin Harian

Ini Tip Kebersihan Diri Setiap Wanita Perlu Lakukan Setiap Hari

Kebersihan diri penting untuk kekal segar dan sihat. Tetapi sayangnya, tidak semua orang tahu tentang cara menjaga menjaga diri dengan betul.

Kebersihan diri atau personal hygiene ialah tindakan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri untuk memperoleh kesihatan fizikal dan psikologi yang optimum. Ia amat dititikberatkan dalam kehidupan kita tidak kira agama, sains atau perubatan.

Isu ini sangat berkait rapat dengan kesihatan mental, fizikal dan rohani. Malah tanpa tahap kebersihan yang baik, anda juga lebih mudah untuk terdedah kepada penyakit. Badan anda terdedah kepada pelbagai jenis kuman setiap hari, sama ada pada kulit anda atau di dalam mulut. Semua kuman dan kulit ini akan terkumpul jika tidak dibuang atau dibersihkan dan anda berpotensi untuk dapat jangkitan.

6 Tip Kebersihan Diri Yang Perlu Diterapkan

Kebersihan diri adalah salah satu kunci untuk menjaga kesihatan diri. Jika anda tidak menjaga kebersihan diri, anda boleh terdedah kepada pelbagai penyakit yang tidak diingini.

1. Mandi Setiap Hari

Mandi dua kali sehari adalah cara terbaik untuk menjaga kebersihan tubuh

Foto: Freepik

Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari sangat penting untuk menjaga kebersihan anggota badan dan mencegah daripada kuman. Ia adalah sebahagian daripada langkah atau petua kebersihan diri kerana ia boleh bersih daripada peluh, kotoran, dan kuman.

See also
Highlighter Ibarat Magis Berbentuk Hati

Bagi mereka yang kuat berpeluh terutamanya yang tinggal di kawasan beriklim panas seperti Malaysia, kami menggalakkan anda untuk menggunakan deodoran untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.

2. Menggosok Gigi

Cara lain untuk menjaga kebersihan diri adalah menjaga kesihatan gusi dan gigi dengan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Tujuannya adalah untuk menjaga kebersihan mulut, mengelakkan nafas berbau.

Waktu terbaik untuk memberus gigi ialah selepas makan dan sebelum tidur kerana ia boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang menempel di celah-celah gigi. Jangan sesekali mengabaikan menggosok gigi pada waktu malam sebelum tidur kerana bakteria berbahaya lebih aktif pada waktu malam ketika anda sedang tidur.

3. Menjaga Kebersihan Pakaian

Pastikan anda membasuh baju yang telah dipakai untuk menjaga kebersihan tubuh selain badan berbau kepam

Foto: Freepik

Menjaga kebersihan diri bukan sahaja pada anggota badan kita malah ia juga termasuk dengan sekeliling kita. Untuk memastikan kebersihan anda terjaga, pastikan anda memakai pakaian yang bersih dan kering sahaja. Pakaian yang bersih bukan sahaja mencegah daripada penyakit tetapi ia juga membantu mengekalkan imej dan keterampilan diri. 

Pakaian yang kotor dan berbau bukan sahaja tidak selesa untuk orang lain, malah ia boleh memudaratkan kesihatan seperti menyebabkan jangkitan kulit. Oleh itu, pakaian yang sudah dipakai atau digunakan serta kotor hendaklah dicuci dengan sabun pencuci pakaian.

4. Menjaga & Mencuci Rambut

Mencuci rambut bukan sahaja ketikan mandi namun anda juga boleh pergi ke salun rambut untuk mencuci dan merawat rambut terutamanya jika rambut anda bermasalah. Anda disarankan mencuci rambut sekurang-kurangnya seminggu sekali. Walau bagaimanapun, jika anda kerap berpeluh atau terdedah kepada persekitaran yang berdebu dan kotor, anda harus mencuci rambut dengan lebih kerap.

See also
Barisan Pelakon Wanita Terkaya Untuk 2017

Selain itu, untuk mengekalkan rambut yang bersih dan sihat, elakkan berkongsi sikat bersama orang lain. Hal ini kerana, berkongsi sikat boleh merebakkan masalah kulit kepala seperti kutu atau kelemumur. Bagi wanita yang bertudung, penjagaan rambut juga sangat penting. Gunakan syampu yang sesuai dan keringkan rambut anda sebelum memakai tudung.

5. Kebersihan Wanita

Seperti yang kita tahu, setiap wanita akan datang haid pada setiap bulan. Oleh itu, penjagaan kebersihan diri ketika haid juga adalah sangat penting untuk mengelakkan sebarang penyakit.

Pastikan anda menukar pad atau tampon setiap 4 hingga ke 6 jam sekali untuk mengelakkan sebarang jangkitan. Namun, jika darah anda keluar dengan terlalu banyak, anda disarankan untuk menukar dengan lebih kerap.

6. Rajin Mencuci Tangan

Terlalu ramai orang yang tidak mengambil berat tentang mencuci tangan. Tahukah anda, tangan yang kotor sangat berpotensi membawa kuman bukan sahaja kepada diri anda namun kepada orang lain juga.

Waktu yang perlu anda mencuci tangan adalah ketika selesai menggunakan tandas, sebelum dan selepas makan, setelah memegang bahan makanan yang mentah, setelah menyentuh muka dan pada bila-bila masa yang anda rasa tangan anda kotor atau tercemar seperti setelah batuk dan bersin pada permukaan tangan.

See also
Head-To-Toe Rutin Kecantikan Abadi

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kebersihan diri lain yang perlu anda jaga seperti :

  • Sentiasa membersihkan hidung dan telinga
  • Mencuci kaki dengan betul setelah keluar rumah
  • Menjaga kebersihan di tempat tinggal
  • Memotong kuku dan menjaga kebersihan kuku
  • Pilih makanan yang bersih
  • Pastikan rumah sentiasa bersih

Artikel Berkaitan: Vagina Berbau? GLAM Kongsi 5 Cara Untuk Elak Masalah Ini