Terlalu banyak jasa Michelle Obama sepanjang tempoh beliau menjadi First Lady Amerika Syarikat.
Tetapi yang paling ketara (dan digemari ramai) ialah stail peribadinya! Dari gaun Atelier Versace berona rose gold yang dipakainya ke State Dinner terakhirnya, hinggakan potongan rambut yang senantiasa chic, Michelle banyak menempa sejarah dalam dunia fesyen.
Suaminya, Barack Obama, tinggal hanya tujuh minggu selaku Presiden Amerika Syarikat namun pengaruh fesyen Michelle tidak diperlahankan. Beliau mengejutkan ramai dengan gaya rambut barunya baru-baru ini— potongan pendek bob! Michelle “mempersembahkan” gaya barunya itu ketika acara tahunan pelancaran dekorasi White House buat Hari Krismas.