Janji Temu Pertama GLAM Beauty Club X Laneige
Hari penuh bermakna buat GLAM Beauty Club! Laneige Malaysia berkolaborasi dalam acara eksklusif bersama Beauty Connoisseurs GBC di Lax.Retreat.
GLAM Beauty Club merupakan platform digital baharu buat keluarga GLAM. Platform kecantikan ini juga merupakan satu inisiatif GLAM dalam membangunkan komuniti Future Beauty di Malaysia. Seperti mana yang anda tahu, dunia cantik sangat pantas! Lagi pula dalam dunia digital ini, semuanya di hujung jari sahaja. Oleh itu, GBC ingin menjadi platform terpantas dalam akses cantik terkini dan eksklusif.
Platform kecantikan ini juga merupakan satu inisiatif GLAM dalam membangunkan komuniti Future Beauty di Malaysia
Kali pertama GBC diperkenalkan, pengarang kecantikan GLAM Julia Azman memilih 5 Beauty Connoisseurs dari pelbagai bidang. Mereka ini ialah individu yang amat menggemari dunia kecantikan dan sering berkongsi pendapat dan rahsia cantik mereka. Untuk sesi pertama ini, GLAM Beauty Club berkolaborasi bersama Laneige Malaysia yang juga turut memperkenalkan barisan produk premium yang bakal buat anda tidak sabar untuk mengalami pengalaman eksklusif ini di rumah.
Sesi pertama yang dihoskan oleh GBC telah diadakan di Lax.Retreat, The Linc Kuala Lumpur bersama 4 personaliti pilihan. Antara yang hadir seperti Athina Kamarudin, Khadija Meor, Bella Kuan dan Siti Hariesa. Lax.Retreat merupakan spa rawatan bersifat holistik khas untuk wanita sahaja. Khas untuk GBC, Lax.Retreat mereka sesi istimewa iaitu urutan tangan dan leher hanya untuk Laneige. Setiap produk yang digunakan hanya menggunakan rangkaian Perfect Renew 3X baharu.
Walaupun ia menggunakan produk penjagaan wajah tetapi teknik urutan itu penting untuk memastikan tekstur dan formula serap dengan efektif. Oleh itu, bahagian tangan dan leher ialah anggota badan yang sesuai untuk memahami cara urutan serta tekstur setiap produk dengan lebih peribadi.
Menurut Khadija Meor, saat bersembang dengannya secara off-record! Dia amat menyukai tekstur Perfect Renew 3X Range terutama Perfect Renew 3X Signature Serum Baharu kerana baginya teksturnya tidak terlalu tebal dan bersifat ringan. Paling digemari katanya, “The packaging is so aesthetic and premium.”Selesai acara, tetamu GBC dijamukan dengan variasi pemanis mulut yang disediakan oleh team Lax.Retreat.
Artikel berkaitan Trio Serum Laneige Rahsia Awet Muda