Tranformasi Selebriti Yang Anda Boleh Tiru Untuk Tahun 2018

Inspirasi Kecantikan Selebriti Untuk Tahun 2018

1 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse

Benarlah kata bahawa rambut adalah ibarat mahkota buat seorang wanita. Hanya dengan menukar rona rambut mahupun potongan, satu tranformasi indah pasti dapat disaksikan acap kali mereka membuat keputusan untuk mencuba sesuatu yang baru.

 

Dalam dunia selebriti, tranformasi drastik tahun lepas dibuat oleh Katy Perry dengan potongan pixie selepas perpisahannya dengan Orlando Bloom yang turut digemari oleh selebriti-selebriti lain seperti Kristen Stewart, Zoë Kravitz, Cara Delevingne, dan Kate Hudson yang rata-rata dikenali dengan rambut ikal mereka sebelum ini. Selain potongan pixie, potong lob yang lebih feminin juga menjadi pilihan buat Emily Ratajkowski, Bella Hadid, Kim Kardashian West, Emma Stone, Selena Gomez, Demi Lovato, dan juga Duchess of Cambridge Kate Middleton.

 

Selain potongan rambut, rona rambut juga menjadi salah satu ciri utama yang memainkan peranan dalam rupa seseorang wanita. Rihanna, Queen of Hair yang sering mencuba pelbagai rona warna tidak dapat melawan Kylie Jenner dan Kim Kardashian West dalam tranformasi rona rambut mereka dengan rona-rona yang menarik. Namun satu rona yang menjadi pilihan ramai tahun ini adalah rona blonde. Rona ini boleh dilihat menjadi pilihan Solange, Kim Kardashian West, dan juga Selena Gomez. Sebelum kita menyaksikan tranformasi selebriti-selebriti ini untuk tahun 2018, GLAM memilih tranformasi paling menawan bagi kami sepanjang tahun 2017 yang anda boleh ikuti untuk memulakan 2018. Klik seterusnya.

See also
Stail Paling Menawan Festival Filem Cannes 2018