Ini Rahsia Kecantikan Lola Tung, Pelakon The Summer I Turned Pretty
Bintang muda yang sedang meningkat naik, Lola Tung, tidak hanya menarik perhatian melalui lakonannya sebagai Belly dalam siri The Summer I Turned Pretty, tetapi juga bagaimana dia menjaga penampilan dan rutin kecantikannya.
Berikut adalah beberapa tip dan rutin kecantikan Lola Tung yang boleh dijadikan inspirasi.
1. Penjagaan kulit yang berdisiplin
Lola menekankan kepentingan menjaga kulit dengan teliti. Antara langkah awal yang dia amalkan ialah penggunaan toner dari Good Molecules Niacinamide Brightening Toner bagi mengimbangkan liang pori. Selepas itu, dia menggunakan facial oil oleh Herbivore dan pelembap Pink Cloud Cream untuk memberi kelembapan dan menjaga tekstur kulit agar tetap halus. Serum Westman Atelier Skin Activator Serum juga menjadi pilihan ketika kulit Lola terasa kering atau apabila dia perlu berada di luar untuk jangka masa yang panjang. Dan sudah tentu, sunscreen tidak pernah ditinggalkan, Lola selalu pastikan SPF berada dalam rutin harian bagi melindungi kulit daripada sinar UV matahari.
2. “Your Skin, But Better”
Lola lebih suka solekan yang nampak natural. Hanya dengan sedikit sentuhan tetapi masih menyerlahkan kecantikan semulajadinya. Dia menggunakan produk cruelty-free dan ringan seperti lip balm dan lip tint berperisa berry seperti Lip Wrap Reviving Balm oleh ILIA sering menjadi pilihan untuk memberi kelembapan tanpa efek terlalu berat. Untuk mata, Lola kerap menggunakan eyeliner yang halus dan winged kecil dengan smudged eyeliner, dan mascara ringan untuk menaikkan bulu mata tanpa terlalu dramatik. Kemerahan semula jadi di pipi adalah pilihan blush yang lembut seperti rona raspberry juga menjadi elemen penting dalam “look”nya yang tampak segar.
3. Penjagaan luar dalam
Lola percaya bahawa kecantikan bukan hanya pada apa yang kita pakai di luar, tetapi bagaimana kita menjaga diri dari dalam. Minum air yang cukup menjadi asas yang Lola sangat utamakan.
Dia juga gemar memakai masker mata dari Live Tinted Rays Copper Eye Masks untuk merehatkan dan menyegarkan sekitar mata. Ia sangat berguna bagi persediaan penggambaran atau hadir ke majlis yang memerlukan penampilan sempurna.
Dalam majlis rasmi seperti penayangan atau premiere, dia akan menekankan solekan yang lebih glam namun tetap konsisten dengan kecantikan natural iaitu kulit yang berseri, bibir yang lembap, dan solekan mata yang tidak terlalu sarat tetapi mempesona. Semua tip ini boleh dijadikan rujukan bukan untuk mengejar kesempurnaan, tetapi untuk menyayangi diri sendiri dan menghargai keunikan setiap orang.
Artikel Berkaitan: 6 Buku Yang Menarik Untuk Dibaca Sepanjang Percutian
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.

