Ini Kenapa Pati Aloe Vera Terbaik Untuk Rambut Lebat - Glam Malaysia
Ini Kenapa Pati Aloe Vera Terbaik Untuk Tumbuh Rambut

Ini Kenapa Pati Aloe Vera Terbaik Untuk Rambut Lebat

Aloe Vera untuk rambut adalah rahsia kecantikan yang ada disekitar rumah anda! Ini sebab kenapa pati ini menjadi pilihan zaman dulu untuk mengekalkan rambut bersinar sihat.

Aloe Vera bukanlah benda baru! Ia adalah pokok yang digunakan dalam pelbagai budaya sepanjang sejarah untuk mengatasi masalah kecantikan, terima kasih kepada sifat antimikrobial dan anti-radang semula jadi. Itulah sebabnya Aloe Vera selalu digunakan untuk menyembuhkan luka terbakar dan kerengsaan kulit. Malah, ia juga boleh menenangkan kulit kepala anda. Aloe Vera juga kaya dengan vitamin, mineral dan asid lemak yang semuanya boleh bantu tingkatkan kesihatan rambut.

Aloe Vera

Meredakan kerengsaan

Sifat anti-radang, antimikrobial dan penyembuh luka aloe vera semuanya boleh bantu atasi seborrheic dermatitis (kondisi yang sama dengan kelemumur, tapi dengan simptom lebih teruk macam sisik kulit besar berminyak berwarna kelabu, putih atau kuning dan patch berkurak). Disebabkan sifat anti-radang tu, aloe vera bantu kurangkan banyak simptom macam gatal-gatal, kulit kepala kering dan kerengsaan. Aloe Vera  boleh bantu lembapkan rambut dan kulit kepala, yang penting untuk beberapa sebab utama. Pertama, kulit kepala yang lembap adalah kulit kepala yang seimbang, yang penting kalau nak elak pengelupasan dan kerengsaan. Kedua, rambut yang penuh kelembapan nampak lebih licin dan berkilau, kurang masalah rambut mudah patah dan bercabang.

See also
Formulasi Unggul Gongjinhyang Mi

Ada masalah kulit kepala berminyak? Disebabkan tekstur macam gel dalam bentuk asalnya, Aloe Vera  bertindak sebagai agen pembersih ringan. Sebab tu, guna Aloe Vera sendirian sebagai pembersih ringan untuk buang minyak dan buat rambut lembut berkilau.

Adakah Aloe vera bantu pertumbuhan rambut?

Tak semudah itu! Tiada kajian sebenar yang sokong aloe vera bantu pertumbuhan rambut jadi tebal dan cepat. Ada kajian yang tunjukkan kesan berfaedah Aloe Vera pada kulit, dan mungkin Aloe Vera boleh bantu sokongan pertumbuhan rambut dengan mengatasi dan menenangkan radang pada kulit kepala. Mungkin Aloe Vera boleh mengalakkan pertumbuhan rambut bila punca alopecia tu adalah kondisi radang pada kulit kepala. Aloe Vera  menyumbang kepada rambut sihat sebab ia melembapkan dan kondisi rambut serta kulit kepala.

Cara penggunaan betul pokok Aloe Vera adalah boleh perah cecair lendir terus dari daun pokok Aloe Vera . Ini teknik mudahnya, Hiris daun dengan potong hujung dan sisi berduri, lepas tu belah tengah-tengah. Kikis bahagian dalam daun ke dalam mangkuk. Asingkan cecair lendir dan perah bahagian dalam yang dikumpul  dalam bekas simpanan. Setelah itu, gunakan ia untuk basuh rambut seperti biasa.

See also
5 Krim Pelembap Wajah Perlu Ada Bulan Ini

Aloe Vera

Boleh ke guna Aloe Vera pada rambut setiap hari?

Berapa kerap nak guna Aloe Vera bergantung pada tujuan penggunaan, tapi secara amnya, Anda boleh gunakan beberapa titis yang diagihkan sama rata sepanjang rambut dan kulit kepala satu hingga dua kali seminggu. Kalau guna syampu, perapi atau produk styling yang ada Aloe Vera, boleh je guna setiap hari atau sekerap yang biasa dalam rutin rambut. Walaupun Aloe Vera bagus, ia boleh sebabkan kerengsaan atau reaksi alergik pada sesetengah orang. Kalau dapati kulit jadi merah, gatal atau bersisik selepas pengunaanya, jumpa doktor dan kemungkinan elak produk tu pada masa depan.

Aloe vera

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan