Sisley sekali lagi menampilkan barisan produk penuh inovasi. Terbaru Le Sculpteur direka untuk mengembalikan siluet tubuh badan idaman anda dalam masa 14 hari. Kulit akan lebih berton dan firm tiada lagi kesan selulit setelah penggunaan setiap siang dan malam. Mengandungi ramuan utama Sisley iaitu minyak Pink Pepper, Kaffeine, Cedrol, ekstrak White Ginger, ekstrak Mandarin, minyak Andiroba dan exopolysaccharide yang boleh didapati melalui Plankton. Setiap gabungan ramuan ini mengimbangi bentuk badan dengan gaya lebih harmoni. Le Sculpture ini bertekstur gel-in-oil menyerap pada kulit dengan cepat sesudah sapuan.