Minggu fesyen Spring/Summer 2015 menyaksikan trend hangat solekan minimal yang kini dianggap sebagai penanda arus baru solekan. Rata-rata rumah fesyen mahu menonjolkan sisi ‘real woman’ yang lebih relevan terhadap pasaran wanita di luar sana. Lihat sahaja Marc Jacobs yang berani menghantar modelnya ke pentas peragaan tanpa secalit makeup pada Minggu Fesyen New York yang lalu. Cedok idea solekan minimalis dari runway sebagai rujukan.