House of Dior Mempersembahkan Circus of Dreams

House of Dior Mempersembahkan Circus of Dreams

House of Dior mempersembahkan koleksi percutian istimewa bertema sirkus yang penuh keajaiban, menampilkan rangkaian solekan, wangian dan hadiah eksklusif yang diilhamkan oleh dunia fantasi yang berkilauan.

Buat musim perayaan kali ini, House of Dior mengubah suai seluruh koleksi percutiannya dengan tema “Circus of Dreams” yang mempesona. Inspirasi ini datang daripada kekaguman mendalam Christian Dior terhadap dunia sirkus dengan segala keindahan warna, akrobat yang berani dan persembahan magis yang penuh dengan sequin dan bintang berkilauan. Pietro Ruffo, artis Itali yang merupakan rakan karib House of Dior, telah mencipta corak eksklusif Krismas yang menghidupkan perarakan meriah dengan trapeze artists, akrobat dan contortionists di bawah bintang Dior yang bersinar terang. Tema ini merangkumi keseluruhan koleksi, daripada solekan hinggalah kepada pembungkusan hadiah yang ditampilkan dalam warna emas, perak dan merah jambu.

Koleksi Solekan Istimewa oleh Peter Philips

Peter Philips, Creative and Image Director untuk Dior Makeup mencipta koleksi solekan percutian yang mempesonakan dengan produk ikonik yang ditafsir semula. Bintang utama koleksi ini ialah Rouge Dior Sequin Liquid Duo, gincu yang mengubah aplikasi dari ultra-matte kepada ultra-shine dengan kesan glitter yang menakjubkan. Produk edisi terhad ini tersedia dalam 10 warna termasuk 999 merah ikonik, serta warna baharu seperti 747 Flame, 720 Spectacular Icone, 881 Carousel, dan 905 Magic.

See also
Dr. Dennis Gross Berkongsi Rahsia Kulit Secantik Bintang Ternama

Pencahayaan dan Pipi yang Mempesonakan

Untuk menyempurnakan penampilan bersinar, koleksi ini menampilkan Dior Forever Glow Luminizer dalam warna 001 Dior Star dengan motif cannage, yang memberikan pancaran emas berkilauan pada kulit. Dior Forever Glow Maximizer dalam warna 001 Abracadadior pula bertindak sebagai cahaya untuk meningkatkan kilauan kulit dengan shimmer merah jambu. Manakala Dior Backstage Rosy Glow Blush yang reaktif kepada tahap pH kulit hadir dalam tiga warna percutian: 810 Starry Pink dengan Rose Satin, 830 Fiery Red, dan 850 Starry Mauve.

Mata yang Menawan dengan Warna Berani

Untuk penampilan mata yang dramatik, Diorshow 5 Couleurs hadir dalam dua warna istimewa. Palet 912 Plum Parade menampilkan tona plum yang dipertingkatkan dengan putih bercahaya dan coklat dalam dengan violet iridescence untuk mencipta penampilan mata yang memukau. Manakala 636 Fiery Circus mempamerkan elemen keemasan, coklat, oren dan merah untuk mata yang mempesonakan. Pembayang mata bertekstur krim dan tahan lama ini mudah dioleskan untuk mencipta pelbagai penampilan dari halus hingga berani. Koleksi ini dilengkapkan dengan Diorshow Stylo dalam dua warna edisi terhad – 187 Pearly Plum dan 951 Pearly Rose Gold – yang menawarkan solekan mata kalis air selama 24 jam.

See also
GLAM Persona: Siti Saleha The Screen Siren

Sentuhan Akhir dengan Dior Vernis

Perarakan terakhir koleksi ini menampilkan Dior Vernis yang melambangkan tema sirkus dengan sempurna. Warna 690 Plum Parade menyelami malam berbintang dengan warna ungu yang megah. Sementara 124 Gold Circus mempersembahkan nombor artistiknya dengan warna merah jambu emas berkilauan dalam semangat perayaan, sesuai dipakai bersendirian atau sebagai top-coat di atas 690 Plum Parade. Berus yang tepat dan formula cecair memudahkan aplikasi untuk hasil akhir yang sempurna, dengan warna tahan lama.

Pop-up Eksklusif di Malaysia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Buat kali pertama, House of Dior membawakan pop-up “Dior Circus of Dreams” ke Malaysia di dua lokasi istimewa. Bermula di Gurney Plaza, Penang dari 31 Oktober hingga 16 November 2025, diikuti The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru dari 26 November 2025 hingga 4 Januari 2026. Pop-up ini menampilkan pokok Krismas Dior setinggi 3 meter dengan simbol sun-star ikonik, dikelilingi wangian ikonik seperti Miss Dior, J’adore dan Sauvage. Tetamu boleh menikmati khidmat konsultasi solekan peribadi, perkhidmatan Art of Gifting, serta ukiran botol yang diperibadikan. Pengunjung turut boleh menikmati kudapan manis di Patisserie Bar yang diilhamkan motif perayaan untuk pengalaman yang benar-benar menakjubkan.

See also
Guerlain Menampilkan Angelina Jolie Dalam Kempen Wangian Mereka

Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

Penulis