Helah Rambut Cantik Ketika Berada Di Rumah - Glam Malaysia

Helah Rambut Cantik Ketika Berada Di Rumah

 

Gusar rambut mengerbang seperti singa kala berada di rumah? Kini, anda tidak perlu lagi risau kerana GHD menampilkan peralatan rambut canggih yakni alat pengering rambut terbaru, GHD Helios Hairdryer yang mengabungkan teknologi dan kepakaran masa kini dalam mencipta sebuah alat berkuasa tinggi. GHD Helios Hairdryer ini adalah alat pengering rambut paling ringan, paling mudah dikendalikan dan mencipta gaya rambut menawan dengan sekelip mata.

Teknologi Aeroprecis digunakan dalam GHD Helios memberi tindak balas aerodinamik yang tiada pada jenama lain. Keunikannya mampu mengawal suhu dan airflow dengan efektif dan anda boleh kawal ikut keselesaan dan gaya pilihan. There is nothing better than walking out of the salon with the perfect blow-dry! Tetapi ada jalan pintasnya walaupun anda berada di rumah, ikuti rahsia dan panduan oleh Adam Reed, GHD Brand Ambassador untuk miliki rambut menawan dengan mudah.

Adam Reed, GHD Brand Ambassador

Panduan oleh Adam Reed untuk ‘The Perfect Hair Blow-Dry’:

  1. Sebelum anda blow-dry, pastikan rambut dalam keadaan kering sebanyak 85%.
  2. Keringkan rambut dalam suhu rendah dan hanya gunakan suhu paling panas saat styling rambut.
  3. Setelah styling, tukarkan kepada suhu cool untuk efek super-smooth.
  4. Jangan risau menggunakan sikat rambut bersaiz besar kerana saiz ini membantu rambut  lebih kemas dan anda akan lihat hasilnya sangat mengagumkan.
  5. Kebanyakkan wanita sering mengacukan pengering rambut secara atas dan bawah atau hanya tumpu pada satu belah. Ianya salah! Ikut sahaja arah berus dengan nozzle pengering rambut kerana ia membantu rambut kering dari akar hingga ke hujung rambut.
See also
Produk Penjagaan Kulit Sesuai Untuk Skinimalism

 

 

Tonton klip video di bawah untuk cara penggunaan GHD Helios.