Haruman Pilihan Hari Ibu

Haruman Pilihan Hari Ibu

Limpahkan kasih sayang buat si ibu dengan semburan haruman terbaru dari jenama mewah. GLAM himpunkan yang terbaik, bertepatan dengan personaliti ibunda.
 
Dolce EDP_Creative Packshot (1)

1. Haruman Dolce dan Dolce Floral Drops
Buat ibu yang bergaya feminin dan lembut, Dolce & Gabbana punya haruman sesuai untuk anda. Nota teratas Dolce menggabungkan daun neroli serta bunga buah betik yang membangkitkan aroma manis, digubah bersama nota bunga putih amaryllis, bunga putih daffodil serta bunga teratai putih dan dibalas nota hangat musky. Ianya disudahi dengan nota cashmeran yang membangkit aroma berahi earthy tones, kayuan dan rempah ratus. Harga: 30ml (RM278), 50ml (RM377), 75ml (RM498).
 
Dolce Floral Drops turut ditandatangi nota asas bunga putih seperti Dolce, namun diperkayakan lagi dengan nota segar kehijauan daun neroli. Nota bunga amaryllis yang menjadi nadi kepada kedua-dua haruman ini adalah merupakan sejenis bunga yang jarang dijumpai dan pertama kali digunakan dalam wangian dengan terhasilnya aroma ini. Ramuan berharga ini sesuai dihadiahkan buat ibu kerana ianya simbolik istimewa seorang ibu yang juga merupakan tunjang keluarga. Harga: 30ml (RM260), 50ml (RM339), 75ml (RM437).
 
Michael Kors Collection EDP

See also
Lights, Camera, Action!

2. Michael Kors Sexy Amber Fragrance
Siapa bilang ibu tidak boleh tampil seksi? Sembur sahaja haruman baru dari Michael Kors ini. Rona terang menjadi inspirasi kepada koleksi ini, dengan kelalang jernih menyuntik elemen seksi. Nota ambar yang dibaluti kayu cendana dan musk menjadi asas haruman ini, diadun dengan nota buahan oren, limau mandarin dan bunga putih. Harga: 50ml (RM285), 100ml (RM375).
 
Flora by Gucci EDP 30ml (RM262)

3. Gucci Flora 
Cetakan ikonik flora Gucci yang pada mulanya direka melalui cetakan skarf khas buat Puteri Monaco iaitu Grace Kelly kini disuntik elemen baru menerusi haruman ini. Bagai mewarisi nendanya, cucu kepada Grace Kelly, Charlotte Casiraghi dipilih menjadi wajah kempen Gucci Flora ini. Gabungan lapan nota haruman membangkitkan aroma elegan dan feminin, mencerminkan kecantikan serta emosi wanita Gucci. Harga: EDP 30ml (RM262), EDT 50ml (RM292).
 
Elie Saab L’Eau Couture

4. Elie Saab L’Eau Couture
Mengambil inspirasi dari koleksi Cruise label itu, L’Eau Couture tampil penuh sofistikated dengan aroma segar lagi berahi. Nota teratas terdiri daripada gabungan segar pepohon citrus gabungan Calabrian Bergamot dengan bunga magnolia membangkitkan aroma ringan. Nota tengah pula mengandungi bunga limau yang disudahi nota vanila. Kelalang jernih dengan rona kehijaun pula menyuntik lagi keanggunan kepada si pemakai. Saiz haruman: 30ml, 50ml dan 90ml.
 
D&G The One

See also
30 Fesyen Paling Diingati Di Karpet Merah Festival Filem Venice

5. Dolce & Gabbana The One
Haruman mewah kontemporari dengan kilaun kelalang emas, memantul cahaya keindahan dengan wangian moden hasil interpretasi nota segar zesty bergamot dan mandarin yang digabungkan dengan nota buah laici dan peach. Titik nadi gabungan bunga Madonna Lily, Lily of the Valley dan kelopak melati membangkit bauan feminin dan timeless. Kombinasi haruman tersebut mendedahkan haruman asas kaya dengan vanila dan ambery gabungan nota musky. Harga: 30ml (RM278), 50ml (RM377), 75ml (RM498).
 
Bvlgari

6. Bvlgari Aqva Divina
Daya tarikan lautan biru Meditterranean menjadi inspirasi kepada haruman dari Bvlgari ini. Gabungan kesegaran nota bergamot, magnolia, sunlit quince serta nota asas ambar membangkit tarikan sensual. Bentuk kelalang persis mutiara menyuntikkan lagi godaan mewah yang sudah tentu menjadi daya tarikan. Boleh didapati dalam saiz 40ml dan 65ml.