Rahsia Solekan Halle Bailey Di Dalam Little Mermaid - Glam Malaysia
Halle Bailey

Rahsia Solekan Halle Bailey Di Dalam Little Mermaid

Sudahkah anda menonton Little Mermaid lakonan Halle Bailey yang kini sedang ditayangkan di pawagam? Jika belum, anda harus tontonnya sekarang!

Terpegun dengan kecantikan wanita muda ini di dalam filem terkini Disney. Halle Bailey nama diberi. Walaupun mata tidak kelip memandang pesona wanita ini melalui rambut jingga keperangannya itu, kami turut terpegun dengan gaya solekan yang ditampilkan di dalam filem Little Mermaid ini.

Memegang watak sebagai ikan duyung termuda, Kat Ali, Jurusolek yang bertanggungjawab menghasilkan solekan buat Halle memilih untuk mengenakan solekan yang natural dan hanya ingin menyerlahkan lagi kecantikan asli wanita ini. Menurut Kat Ali,

“Saya bersama Pereka Solekan Peter Swords King sama-sama berbincang konsep solekan dan kami akhirnya memilih di mana Ariel harus kelihatan dalam kecantikan asli dan natural. Kami mahu mencipta solekan ‘no makeup’ namun ada sentuhan glossy, polished dan tampak muda.”

Cedok Solekan Halle Bailey di dalam Filem Little Mermaid!

Halle Bailey

Gambar: Kat Ali

See also
Hanni Daripada NewJeans Membintangi Kempen Gucci Horsebit 1955

Kat Ali dan timnya memastikan kulit Halle Bailey di dalam keadaan yang sihat dan segar. Dia akan membersihkan wajah pelakon ini dengan menggunakan produk Bioderma Micellar Water sebelum menyarung Glossier Priming Moisturizer. Manakala untuk menghasilkan efek mata berseri dan segar, Kat akan mengenakan Avène Soothing Eye Contour Cream untuk Halle. Tidak cukup dengan itu, bibir juga dipersiapkan dengan olesan Glossier the Balm Dot Com. Tambahan Kat, dia akan menyapu MAC Face and Body Foundation secara ringan untuk melengkapkan lagi solekan asas ‘no makeup’ ini.

Untuk solekan mata pula, Kat akan menggunakan Tom Ford Eye Color Quad Eyeshadow dalam rona Suspicion. Ini bagi menghasilkan solekan mata yang lebih hangat sesuai untuk solekan pantai di dalam filem ini. Sempat Kat menyampaikan tip di mana buat anda yang mahu meniru solekan ini, pastikan anda mengoles menggunakan jari-jemari kemudian layangkan berus empuk mata untuk menghilangkan garis-garis kasar yang dihasilkan pembayang ini. Akhir sekali, untuk bibir Halle, Kat sarungkan rona yang sedikit gelap daripada rona bibir asli Halle. Kat menggunakan MAC Cork kemudian diikuti dengan gincu bibir Chanel 174 Rouge Angelique.

See also
Rahsia Tubuh Badan Toned

 

Pautan Berkaitan: Ilham Solekan Elegan Armani beauty Look