Gucci Flora Gorgeous Magnolia Baharu Lebih Berfantasi
Alami wangian baharu Gucci Flora Gorgeous Magnolia Baharu dengan gabungan bunga mekar unik.
Melangkah ke alam kebebasan tanpa sempadan dengan Flora Gorgeous Magnolia Eau de Parfum baharu Gucci. Tambahan terbaru kepada alam Flora Fantasy, ia meneruskan ilham kekuatan dalaman yang telah dipersonifikasikan oleh penyanyi dan wajah kempen, Miley Cyrus.
Pada tahun 2021, Miley membuat penampilan sulungnya yang mempesonakan sebagai wajah #FloraFantasy, dunia aneh yang penuh dengan bunga mekar, haiwan comel dan daya tarikan yang tidak dapat dilawan. Kini, kisah baharu yang mempesonakan ini menyaksikan Miley melangkah ke tempat terbuka. Turut memancarkan keyakinan dan hubungan istimewa dengan alam semula jadi melalui Gucci Flora Gorgeous Magnolia.
Di Malaysia, Flora Fantasy bermula di Pavilion Kuala Lumpur yang menempatkan ruang pop-up serba intimasi diserikan bersama elemen taman bunga- bungaan demi meraih perhatian peminat tegar wangian ini. Turut hadir mengunjungi ruang itu tidak lain tidak bukan ialah Alisa Soraya, Nalisa Alia Amin dan Ashley Lau.
Alisa kini terpikat dengan Gorgeous Gardenia, jelasnya dia sudah mengetahui kehadiran Flora Fantasy sejak keluaran Gardenia dan terus kekal menyukainya kerana wangian Gucci Flora ini sangat sesuai dengan personalitinya. “Sejambak bunga yang harum dan manis tetapi segar menarik perhatian saya,” komen Nalisa. Manakala Ashley pula meluangkan masanya untuk menyelami dunia Flora Fantasy.
Artikel berkaitan Alami Pengalaman Fantasi Gucci Flora di Suria KLCC
Aromanya dihidupkan semula oleh pakar wangian Daphné Bugey dan Marie Salamagne. Mereka telah menghasilkan bauan tersendiri yang dipenuhi dengan nota yang mengejutkan namun harmoni. Inspirasi daripada tenaga ceria wanita yang bersemangat bebas, bau ini berkisar pada Magnolia Alba, tumbuhan purba dan jarang ditemui yang memerlukan penuaian dan penyulingan yang teliti. Kemanisan buah dan bunganya diberi kelebihan seperti clary sage, mencerminkan watak intuitif. Pati magnolia yang unik ini memancarkan keriangan dan intipati yang bercahaya dan mulia. Untuk meningkatkan kemanisan pati magnolia, accord dewberi diperkenalkan. Kemudian, pati berkayu dan esen patchouli menambat bau yang menghasilkan aroma halus.
Aromanya terus menghangatkan sentuhan lembut dan sensual setelah bertemu dengan pati buah kelapa hangat yang menghasilkan kesegaran vanila yang tidak terkata yang menimbulkan ketagihan. Akhir sekali, jasmine sambac absolute menambah kehangatan hijau lebih harmoni.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Gucci Flora Gorgeous Magnolia Eau de Parfum baharu, klik di sini! Dan untuk amali sendiri Flora Fantasy, kunjungi Suria KLCC bermula hari ini hingga 1 Oktober, Gurney Plaza, Pulau Pinang dari 19 hingga 29 Oktober dan Mid Valley dari 23 Oktober hingga 29 Oktober.