Good Girl Blush Eau de Parfum Pilihan Wanita GLAM - Glam Malaysia

Good Girl Blush Eau de Parfum Pilihan Wanita GLAM

Carolina Herrera memperkenalkan aroma kontemporari Good Girl Blush Eau de Parfum yang menangkap ekspresi haruman bunga feminin.

Good Girl Blush Eau de Parfum

Episod baharu buat wangian Good Girl, koleksi Good Girl Blush Eau de Parfum adalah ledakan kontras berani melalui aroma sensual nan feminin. Carolina Herrera terus dalam misi penerokaan semangat wanita kontemporari menerusi keluaran wangian baharu ini. Tiga nota manis serba sensual antara aroma vanila, bunga Peony dan Ylang Ylang mencetus tindakbalas tenaga romantisme.

Supermodel terkenal, Karlie Kloss yang juga wajah kempen Good Girl, kembali bertenaga dengan gaun merah jambu berkilauan yang direka khas untuk kempen Good Girl Blush Eau de Parfum. Lirikan senyuman nakalnya dan wajah berserinya mendedahkan kontras aroma feminin Good Girl Blush.

Good Girl Blush Eau de Parfum

Carolina Herrera terus dalam misi penerokaan semangat wanita kontemporari

Prinsip utama personaliti Good Girl adalah menerusi semangat dualitas. Wanita yang kuat, sensual, pandai, romantis dan berkuasa. Untuk edis baharu ini, pakar wangian Quentin Bisch bekerjasama dengan rakan sekerjanya iaitu Shyamala Maisondieu dan Christophe Raynaud mencari sumber inspirasi visual untuk botol yang berbentuk kasut tumit stiletto ikonik. Good Girl Blush ditafsirkan dalam botol berwarna merah jambu pastel serta dilengkapi dengan tumit stiletto berona emas.

See also
Nada Cinta Beyonce Dalam Video Muzik Baru

Artikel berkaitan Eksplorasi Aroma Feminin Good Girl Blush

Good Girl Blush

Kekuatan kasut tinggi adalah terletak pada tumitnya. Oleh itu, Quentin Bisch membayangkan kacang vanila sebagai bahan utama dan kekuatan untuk Good Girl Blush. Teknik pengekstraan berbeza secara serbuk telah menemui cara untuk melengkapi setiap ramuan. Kelopak bunga Ylang Ylang adalah tambahan untuk aroma lebih memikat dan sensual. Lebih lembut bersama gabungan sejambak bunga Peony yang mengukuhkan aroma tahan lebih lama pada kulit.

Kekuatan kasut tinggi adalah terletak pada tumitnya. Oleh itu, Quentin Bisch membayangkan kacang vanila sebagai bahan utama dan kekuatan untuk Good Girl Blush.

Good Girl Blush

Wangian ini menggunakan formula vegan sepenuhnya dengan proses kemampanan menerusi Sourcing4Good. Setiap ramuan seperti bunga Ylang Ylang berasal dari Madagascar dan Kepulauan Comoros di Afrika. Kerjasama antara Carolina Herrera dan Givaudan adalah usahasama dalam memastikan proses pengekstraan berjalan dengan lancar untuk Good Girl Blush.

Dapatkan wangian eksklusif Good Girl Blush Eau de Parfum di ruang kecantikan Sephora Malaysia atau di kaunter kecantikan utama wangian Carolina Herrera berdekatan dengan anda.

See also
Taraji P. Henson Buka Salun Kecantikan Sendiri Di Rumah