GLAM Cantik: Pilihan Editor - Glam Malaysia

GLAM Cantik: Pilihan Editor

GLAM membariskan lima produk cantik harus ada untuk bulan ini.

     

  1. Generasi rawatan kecantikan terbaru dalam membantu mengembalikan tona kulit sekata. Turut membantu mencerah serta mengecilkan liang pori di wajah. Dengan ekstrak bunga daisy serta kandungan pelindung sinar yang tinggi juga menjadikan wajah terlindung daripada pancaran sinar UV. La Prairie Cellular Swiss Ice Crystal Transforming Cream SPF30+++1 (1)
  2.  

  3. Gel krim yang mampu melembut, melembap serta menguatkan lagi kulit WAJAH. Dengan ekstrak mandarin blossom, daun pohon lemon, air timun serta kesegaran daun pudina membuatkan kulit menjadi lebih segar. Krim pelembap ini terhasil 98 peratus daripada bahan-bahan semulajadi. Caudalie Moisturizing Sorbet RM140/40ml2
  4.  

  5. Lebih mudah mengoles gincu pada bibir anda dengan pen gincu non-retractable. Bukan sahaja memiliki rekaan dan bentuk baru, malah teksturnya yang tahan lasak membuatkan warna kekal cantik walau dengan sekali olesan. Lalu, memberi hasil bibir lebih kemilau. Chanel Rouge Coco Stylo Lipstick Pen Histoire RM1153
  6.  

  7. Ia bukan sahaja sekadar mencantikkan, malah ia turut memberi hasil sinar yang menyihatkan pada epal pipi anda. Memiliki kandungan ekstrak red plum blossoms yang bertindak melindung serta merawat kulit wajah daripada rosak. Ia juga memiliki lapisan esen penghidratan yang membantu mengawal masalah kulit kering. Sulwhasoo Radiance Blusher4
  8.  

  9. Serum yang membantu mengurangkan liang pori terbuka lalu memberi hasil kulit yang lebih lembut sempurna. Serum berkonsentrasikan krim penuh nutrisi ini juga berfungsi melembapkan kulit wajah agAr lebih segar berseri. The History of Whoo Gongjinhyang Qi & Jin Pore Care Essence RM635/45ml5
See also
Langkah Pertama Yves Saint Laurent di Malaysia