Menempa namanya dalam industri sebagai model in-demand malah telah pun bekerjasama dengan beberapa jenama besar, Gigi Hadid kini bakal menembusi pasaran kecantikan pula dengan rangkaian mekapnya sendiri.
A post shared by Maybelline New York (@maybelline) on
Selain fesyen, Hadid juga boleh dilihat amat berminat dengan fotografi dan kecantikan. Sebelum ini dia dipilih sebagai duta utama Maybelline, kini jenama kecantikan popular itu sendiri memberi peluang kepada Hadid untuk bekolaborasi bersama mereka untuk melancarkan rangkaian mekapnya sendiri, GigixMaybelline.
Rangkaian GigixMaybelline ini bakal menemui pelanggan di Amerika Syarikat dalam bulan ini. Bagi mereka yang di Malaysia pula, sila nantikan pengumuman rasmi perihal tarikh pelancarannya! We can’t wait!