GBC Love Wellness: Transformasi Diri Secara Holistik & Eksklusif

GBC Love Wellness: Transformasi Diri Secara Holistik & Eksklusif

GLAM Beauty Club ingin menjemput anda hadir ke sesi pengalaman eksklusif GBC Love Wellness untuk merasai sendiri revolusi kecantikan holistik.

GLAM Beauty Club memperkenalkan GBC Love Wellness untuk seluruh ahli GBC, sama ada ahli baharu mahupun ahli yang setia! Buat julung kalinya, GBC Love Wellness ini menawarkan pengalaman eksklusif untuk kesejahteraan menyeluruh jiwa dan minda. Revolusi ini membawa transformatif baharu dalam aktiviti kesejahteraan yang komprehensif. Lebih daripada sekadar acara biasa, rasai sendiri perjalanan kecantikan holistik yang menawarkan transformasi kesejahteraan menyeluruh, peningkatan skil kecantikan, reset tanpa stres dan lonjakan keyakinan diri.

Anda juga berpeluang mengenali komuniti cantik yang positif dan membina tabiat self-care yang sihat sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda. Lebih menarik lagi, door gift eksklusif turut menanti anda sebagai tanda istimewa daripada kami. Inilah masanya untuk anda rasai sendiri revolusi kecantikan dan kesejahteraan yang sebenar.

Sertai sesi pengalaman eksklusif GBC Love Wellness sekarang dengan mengisi borang di bawah ini.

Ogos 2025

Aktiviti Sound Meditation & Sound Bath pada 1 Ogos 2025 bertempat di Sages Kuala Lumpur, G-Vestor Tower Pavilion.

See also
BOSS Masuki Era Baharu Lebih Berani

Aktiviti terapi badan pada 13 Ogos 2025 bertempat di Urban Retreat Onsen Spa, Mont Kiara.

Sesi manicure dan pedicure pada 21 Ogos 2025 bertempat di POSH Nail Spa, Bukit Tunku.

September 2025

Sesi dandanan rambut pada 4 September 2025 bertempat di COCOdry Bangsar, Jalan Telawi 3.

Aktiviti aqua fitness pada 10 September 2025 bertempat di Sunway Resort, Petaling Jaya.

Aktiviti sauna dan ice bath pada 18 September 2025 bertempat di Rise and Plunge, Mont Kiara.

Rebut peluang ini untuk mengutamakan kesejahteraan diri, ikuti GBC Love Wellness untuk pengalaman holistik.

Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

Penulis