GBC Love Wellness: Promosi Eksklusif Untuk Anda yang Mahukan Transformasi Holistik Menyeluruh
Rebut peluang keemasan ini dengan promosi eksklusif untuk GBC Love Wellness, satu inisiatif istimewa daripada GLAM Beauty Club untuk anda yang mengutamakan kesejahteraan minda, tubuh dan emosi. Program ini bukan sekadar acara kecantikan biasa, sebaliknya satu perjalanan holistik yang direka untuk menyegarkan kembali rutin self-care anda, menaikkan keyakinan diri dan membina gaya hidup lebih seimbang.
Terbuka kepada semua ahli GBC, termasuk yang baru mendaftar, GBC Love Wellness akan berlangsung sepanjang Ogos hingga September 2025. Ia menampilkan pelbagai aktiviti seperti terapi badan, meditasi bunyi, aqua fitness, sesi spa, sauna dan dandanan rambut, semuanya dipilih khas untuk membantu anda reset dari tekanan harian dan menyuburkan semula tenaga dalaman.
Selain menyertai aktiviti menarik, anda juga berpeluang menjadi sebahagian daripada komuniti wanita yang positif, menerima door gift eksklusif, dan mencipta tabiat penjagaan diri yang lebih konsisten. Setiap sesi bukan sahaja memberi manfaat fizikal, tetapi juga memberi ruang untuk anda bernafas dan kembali selari dengan diri sendiri.
Promosi Eksklusif GBC Love Wellness
| Promosi | Diskaun | Harga | Kelayakan |
| Ahli baharu GBC | 0% | RM30/sesi | |
| Ahli sedia ada GBC | 20% | RM24/sesi | |
| Bawa seorang ahli baharu (1 ahli GBC + 1 ahli baharu) | 30% | RM21/sesi | Ahli Sedia Ada: Diskaun 30% (RM21 / sesi)
Ahli Baharu: Tiada diskaun |
| Ahli GBC sertai lebih 3 sesi | 30% | RM21/sesi | Diskaun 30% untuk setiap sesi |
| Ahli baharu sertai lebih 3 sesi | 10% | RM27/sesi | Diskaun 10% untuk setiap sesi |
| Kumpulan (3 orang atau lebih – Ahli GBC sedia ada) | 30% | RM21/seorang | Diskaun 30% setiap orang |
| Kumpulan (3 orang atau lebih – Ahli baharu GBC) | 10% | RM27/seorang | Diskaun 10% setiap orang |
Jom Sertai GBC Love Wellness!
Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!
Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: Transformasi Diri Secara Holistik & Eksklusif
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.

