5 Gaya Solekan Atlet Olimpik 2024
Selain daripada tampil dengan semangat kesukanan, solekan juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam sukan Olimpik.
Musim Olimpik sudah pun bermula pada 26 Jun 2024 sehingga 11 Ogos 2024. Tahun ini, Olimpik 2024 memilih lokasinya untuk berlangsung di Kota Paris, Perancis. Dalam Olimpik, beberapa acara seperti gimnastik, gimrama dan renang berirama memerlukan solekan yang jelita. GLAM ingin cadang 5 gaya solekan di acara sukan Olimpik yang boleh dijadikan inspirasi.
Solekan Berwarna-Warni
Antara solekan yang sesuai digayakan ketika Olimpik ialah solekan berwarna-warni yang bold. Solekan berwarna-warni boleh menonjolkan wajah atlet yang ingin bertanding seperti atlet renang berirama, gimrama dan gimnastik. Solekan merupakan salah satu aspek penting untuk atlet-atlet ini kerana mereka sering melakukan persembahan di bawah cahaya terang dan di arena besar di mana ekspresi muka sukar dilihat dari jauh. Maka, solekan berwarna-warni akan menonjolkan wajah mereka ketika bertanding. Antara produk yang boleh digunakan untuk gaya solekan berwarna-warni ini ialah NYX Ultimate Shadow Palette – I Know That’s Bright.
Solekan Kalis Air dan Peluh
Dalam mempamerkan persembahan yang cantik, solekan di wajah juga amat penting untuk atlet-atlet olimpik ini. Formulasi yang mempunyai aspek kalis air dan peluh amatlah penting dalam menjayakan solekan ini. Solekan merupakan peranan yang penting dalam tradisi olimpik. Salah satu contoh untuk sukan olimpik yang memerlukan solekan yang kalis air adalah renang seirama. Renang seirama merupakan salah satu acara yang membawa aspek kesenian dalam persembahan mereka. Solekan yang bold dan tahan lama merupakan kunci utama untuk acara ini. Setting spray dan setting powder yang bagus akan menghasilkan ketahanan yang bagus untuk satu solekan. Antara contoh setting spray yang mempunyai ketahanan yang tinggi ialah Airbrush Flawless Finish Setting Spray dari Charlotte Tilbury dan setting powder Huda Beauty Easy Bake Loose Powder.
Pengilat Bibir Menjadi Pop Up Di Bibir
Pengilat bibir adalah alat solek yang mampu memberi efek glossy di bibir dan menjadi tumpuan utama. Selain itu, pengilat bibir juga memberi tampilan yang lebih semula jadi berbanding gincu. Pengilat bibir juga sering diformulasikan dengan bahan yang melembapkan seperti minyak dan mentega, menjadikannya lebih selesa untuk dipakai, terutama bagi mereka yang mempunyai bibir kering. Ia dapat memberikan kelembapan dan penutupan berkilau. Untuk atlet renang sirama, pengilat bibir amat sesuai kerana formulanya kalis air. Jenama alat solek seperti Fenty Beauty dan Dior terkenal dengan pengilat bibir mereka yang cantik.
No Such Thing As Too Much Blush
Pemerah pipi boleh menambahkan warna di muka para atlet untuk kelihatan lebih sihat dan bertenaga. Alat solek ini juga boleh bantu membentuk ciri-ciri wajah atlet terutamanya tulang pipi dan menambah dimensi pada wajah mereka. Dalam sukan Olimpik seperti gimnastik, ekspresi wajah dan gerakan tubuh memainkan peranan penting dalam menyampaikan emosi dan koreografi. Pemerah pipi bantu menonjolkan tulang pipi dan memberikan warna pada wajah, membuat ekspresi lebih jelas terlihat di hadapan juri dan penonton. Penggunaan pemerah pipi telah menjadi sebahagian dari tradisi dalam gimnastik dan gimrama. Atlet dilatih untuk menggunakan alat solek sebagai salah satu persiapan mereka untuk bertanding. Charlotte Tilbury dan Rare Beauty ialah antara jenama yang terkenal dengan produk pemerah pip mereka. Maka, there’s no such thing as too much blush!
Rona Melambangkan Simbol Pingat
Pingat merupakan salah satu simbol untuk olimpik, menunjukkan kemenangan seorang atlet dalam acara mereka. Solekan yang berona emas, perak dan gangsa menjadi inspirasi untuk solekan olimpik tahun ini. Rona Golden Terra merupakan Colour of The Year yang membawa maksud semangat olimpik dan atlet untuk meraih pingat emas. Atlet menggunakan rona Golden Terra dalam solekan mereka untuk menaikkan seri wajah dan menunjukkan matlamat mereka yang utama berada di situ, untuk meraih pingat emas. Gaya solekan ini boleh didapati dengan menggunakan Mothership X: Moonlit Seduction Eyeshadow Palette dari PAT McGRATH LABS.