Gaya Solekan Anggun Puteri-Puteri Sultan Pahang Di Istiadat Persandingan Diraja
puteri pahang

Gaya Solekan Anggun Puteri-Puteri Sultan Pahang Di Istiadat Persandingan Diraja

Di samping kejelitaan YAM Tengku Puteri Afzan Aminah pada Istiadat Persandingannya, puteri-puteri Sultan Pahang turut menjadi fokus orang ramai kerana tampil dengan busana dan sentuhan solekan yang tidak kurang hebatnya. GLAM membariskan gaya solekan manis puteri-puteri Sultan Pahang di Istiadat Persandingan Diraja.

Umum mengetahui, baru-baru ini telah berlangsungnya Istiadat Persandingan Diraja, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan FD Idzham FD Iskandar yang meriah dan penuh tradisi.

Kejelitaan Tengku Afzan terserlah dengan busana pengantin berona putih rekaan @hautecouturebyri disamping solekan yang berseri sentuhan Rozlan Nassir. Turut mencuri tumpuan pada istiadat tersebut, penampilan puteri-puteri Sultan Pahang yang lain. Apa yang menarik sekali ialah puteri-puteri jelita Sultan Pahang ini tampil dengan gaya solekan yang begitu anggun dan elegan.

Berikut Ialah 4 Gaya Solekan Anggun Puteri-Puteri Sultan Pahang Di Istiadat Persandingan Diraja

1. YAM Tengku Puteri Iman Afzan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jijie Zainal (@jijiezainal)

YAM Tengku Puteri Iman Afzan tampil dengan gaya solekan clean namun masih kelihatan elegan untuk Istiadat Persandingan Diraja. Jurusolek pilihan, Jijie Zainal, melayang rona pembayang mata yang menyerlahkan lagi kecantikan YAM Tengku Puteri Iman Afzan. Klasik namun masih terlihat moden dengan persalinan busana rekaan Teh Firdaus.

See also
Dandanan Blonde Vanessa Hudgens Serba Segar Belaka!

2. YAM Tengku Puteri Ilisha Ameera

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIR BY LALA (@hairbylala.8)

YAM Tengku Puteri Ilisha Ameera tampak begitu anggun dalam persalinan busana rekaan pereka fesyen tempatan, Teh Firdaus berona hijau pudina. Penampilannya pula dilengkapkan dengan dandanan rambut dan gaya solekan sentuhan Syedewa yang minimal. Walaupun kelihatan minimal, solekannya masih terselit elemen ekstra. Sebagai contoh, YAM Tengku Puteri Ilisha Ameera mengenakan warna gincu terang yang tidak keterlaluan.

3. YAM Tengku Puteri Ilyana

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shasya Balqisya (@shasya_balqisya)

Bermula daripada dandanan rambut yang rapi, YAM Tengku Puteri Ilyana juga menarik perhatian dengan gaya solekan yang memberikan fokus kepada pembayang mata. Pemilihan gincu bibir berona nude membuatkan penampilan bibirnya tidak terlalu pucat dan amat sesuai untuk digayakan pada Istiadat Persandingan Diraja. We love the overall look!

4. YAM Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syedewa (@syedewa)

YAM Tengku Puteri Jihan yang merupakan puteri bongsu Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Pada Istiadat Persandingan Diraja, YAM Tengku Puteri Jihan telah mengenakan pembayang mata dengan rona yang lembut untuk menyerlahkan kecantikan semula jadinya.

See also
Rahsia Mekap Dari Jurusolek Peribadi Adele!

 

Artikel berkaitan: GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Rozlan Nassir, Dedah Guna 3 Produk Untuk Tengku Puteri Afzan Di Majlis Sanding Diraja!