Gaya Rambut Untuk Janji Temu
Gambar: TPG
Sama ada sisir seksi, alunan berombak atau dandan manis, tentunya anda ingin tampil menawan sepanjang masa berjanji temu dengan si dia. Kala melangkah masuk ke restoran lima bintang itu, tentunya lagak anda yang penuh gaya dengan mahkota bersinar didandan cantik menjadi pelengkap penampilan hari istimewa itu. GLAM tampilkan beberapa inspirasi rambut dari bintang Hollywood yang boleh anda pilih serasi dengan bentuk wajah, jenis rambut dan acara.
Emma Roberts
Ikatan sayang. Untuk gaya yang lebih elegan tapi seksi anda boleh jadikan gaya ini untuk makan malam bersama si dia.
Emma Watson
Belahan rindu. Rambut yang panjang mengurai sesuai menggayakan rambut ini. Dengan hanya sisir rambut anda ke tepi dan kemaskan. Selain itu, jikalau anda inginkan rambut sedikit ikal gunakan pengikal rambut dan letakkan sedikit hair spray supaya ikal tersebut tampak kemas dan tahan lebih lama.
Nina Dobrev
Tocang kasih. Gaya ini amat sesuai untuk seseorang yang ceria dan gemarkan penampilan ringkas tapi cantik dan sekaligus menjadikan makan malam anda bersama si dia cukup mengujakan.
Selena Gomez
Sanggulan cinta. Untuk gaya yang lebih romantik dan sofistikated sanggul rambut anda dengan kemas serta tambah sedikit aksesori di telinga atau leher untuk tampil lebih elegan.
Taylor Swift
Ikal mayang. Memiliki rambut pendek berikal adalah mudah dari segi penjagaannya. Tampil ringkas dengan hanya sisir dengan kemas dan jikalau inginkan ikal tersebut tidak serabut, gunakan hair spray untuk menjadikan ikal tersebut lebih terletak.
Dakota Fanning
Lurus memukau. Bagi anda yang mempunyai rambut lurus dan halus, gaya yang paling sesuai adalah sisir rambut ada dengan kemas dan biarkan ia tanpa diikat. Jikalau inginkan kelainan letak penyepit yang bercorak bunga untuk gaya yang lebih romantik.