5 Gaya Rambut Pendek Pilihan GLAM Tahun 2023 - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

5 Gaya Rambut Pendek Pilihan GLAM Tahun 2023

Mahukan sesuatu yang baharu untuk diri anda di tahun 2023? Apa kata anda cuba gaya rambut pendek, barulah tampak lebih segar dan berbeza!

Sudah semestinya ‘new year, new me’ menjadi tema 2023 anda terutama sekali yang menginginkan sesuatu pembaharuan pada diri. Ada atau tidak, di antara anda yang ingin menukar gaya rambut panjang kepada gaya rambut pendek? Buat anda yang ragu-ragu, memikirkan sama ada sesuai ataupun tidak dengan gaya anda, ayuh lihat 5 gaya rambut pendek milik selebriti dan pempengaruh yang boleh anda jadikan panduan atau cedokan stail untuk tahun 2023 anda! 

Lihat 5 Gaya Rambut Pilihan GLAM!

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#4 Classic Bob

Buat anda yang sudah biasa berambut panjang, dan takut untuk mencuba gaya rambut pendek, GLAM sarankan untuk anda mencuba potongan bob yang simple namun masih tampil klasik. Seperti Wan Nur Syaira, walaupun berambut pendek, dia kekal stylish dalam apa jua gayanya. Anda tidak perlu potong rambut anda terlalu pendek, cukup sekadar paras bahu untuk tampil lebih kemas dan anggun.