5 Gaya Rambut Pendek Pilihan GLAM Tahun 2023 - Glam Malaysia

5 Gaya Rambut Pendek Pilihan GLAM Tahun 2023

Mahukan sesuatu yang baharu untuk diri anda di tahun 2023? Apa kata anda cuba gaya rambut pendek, barulah tampak lebih segar dan berbeza!

Sudah semestinya ‘new year, new me’ menjadi tema 2023 anda terutama sekali yang menginginkan sesuatu pembaharuan pada diri. Ada atau tidak, di antara anda yang ingin menukar gaya rambut panjang kepada gaya rambut pendek? Buat anda yang ragu-ragu, memikirkan sama ada sesuai ataupun tidak dengan gaya anda, ayuh lihat 5 gaya rambut pendek milik selebriti dan pempengaruh yang boleh anda jadikan panduan atau cedokan stail untuk tahun 2023 anda! 

Lihat 5 Gaya Rambut Pilihan GLAM!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Curly Bob

Jika anda seorang yang suka bereksperimen dengan gaya rambut, cuba gayakan potongan bob dan kemudian gayakan stail beach waves di bahagian hujung rambut anda seperti Natasha Hudson. Beach waves ini adalah sejenis gaya rambut gulung yang lebih santai dan sesuai digayakan harian.

See also
7 Solekan Selebriti Lokal Pilihan GLAM Bulan Ini !