Dua jenama kosmetik kegemaran ramai, Kat Von D dan Too Faced kedua-duanya telah mengeluarkan koleksi-koleksi yang menarik dan cantik sepanjang tahun ini tetapi siapa sangkakan BFF Kat Von D dan Ketua Pegawai Kreatif Too Faced Jerrod Blandino bakal membawakan kolaborasi yang diharapkan oleh peminat-peminat dua jenama ini?
Kolaborasi dua jenama ini bakal melancarkan produk edisi terhad pada bulan Disember ini dan mereka berdua telah mengadakan suatu sesi soal jawab di laman Facebook Live Kat Von D untuk menerangkan serba sedikit mengenai produk hasil kolaborasi mereka.
Koleksi yang diberi nama ‘Better Together’ ini akan menampilkan 3 set yang akan mengandungi gabungan produk-produk yang terjual laris dan beberapa produk ekslusif.
‘Better Together’ akan dilancarkan pada 26 Disember ini pada laman Sephora, Too Faced dan Kat Von D. Kat Von D juga memberikan sedikit petunjuk semasa sesi Facebook Live mereka yang ini mungkin bukan cubaan terakhir mereka untuk berkolaborasi.
Too Faced x Kat Von D Better Together Bestselling Mascara dan Liner Duo
Too Faced x Kat Von D Better Together Koleksi Ultimate Eye
Too Faced x Kat Von D Better Together Bag Solekan Pipi dan Bibir