Use your ← → (arrow) keys to browse
Tahun 2020 ternyata membawa tuah buat ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon.
Setelah bertahun-tahun menjadi duta beberapa jenama terkenal, G-Dragon sekali lagi mendapat kepercayaan jenama besar dalam bidang penjagaan rambut, TS Shampoo untuk menjadi wajah jenama mereka.
Dengan pemilihan ini, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-Yong kini menyertai pemain bola sepak, Son Heung-Min dan pelakon, Lee Jang-Woo sebagai duta TS Shampoo bukan sahaja di Korea malah juga di pasaran China (China, Hong Kong, Macau dan Taiwan).