Use your ← → (arrow) keys to browse
Malah, nama dan populariti penyanyi ini akan digunakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jenama tersebut dan membantu menaikkan jualan.
“Kami berharap anda akan menyokong pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk G-Dragon dan TS Shampoo tidak lama agi, dan bersama-sama kita akan menjadikan produk ini sebagai syampu terbaik,” tambahnya.
G-Dragon sememangnya terkenal sebagai salah seorang selebriti Korea yang mendapat bayaran tertinggi untuk pengiklanan dan kerjasama dengan jenama terkenal.
Menurut laporan, dia dibayar antara RM4 juta hingga RM6 juta untuk penglibatannya dalam setiap projek pengiklanan pada 2011.