Eyeliner Unicorn Menjadi Kegilaan Blogger Kecantikan
Apa sahaja boleh berlaku dalam dunia maya pada zaman ini dan kalau anda perasan, banyak tutorial-tutorial solekan yang terdapat di internet terutamanya di YouTube dan Instagram tetapi kita akan fokus kepada Instagram untuk kali ini.
Kalau anda perasan sejak kebelakangan ini, peminat-peminat kecantikan di Instagram nampak gayanya obses dengan konsep ‘unicorn’ sehingga menerapkannya dalam solekan mereka dengan gincu unicorn, primer unicorn, berus solekan unicorn dan banyak lagi.
Baru-baru ini satu trend baru dikesan di Instagram di mana beauty bloggers yang obses dengan konsep unicorn ini mula menukar teknik eyeliner mereka dengan menjadikan solekan eyeliner mereka lebih magical.
Apa lagi yang bakal mereka hasilkan selepas ini? We’ll be waiting and watching you.
Oleh: Ai Nazmi Norzaid
Lihat gaya-gaya yang dihasilkan oleh ‘artis-artis’ ini: