Terus dari pentas Victoria’s Secret, rupawan tinggi lampai ini menumpangkan wajah jelita neliau di muka hadapan majalah Paper pula. Tetapi kali ini dengan gaya rambut baharu platinum blonde! Ya, Bella yang terkenal dengan rambut berkontra kakaknya, Gigi kini mempunyai rona warna blonde. Bella tidak lagi berambut perang!
Bella sememangnya terkenal dengan warna rambut ikonik perang gelapnya tetapi transformasi ini begitu drastik, kami seolah tidak (mahu) percaya! Ada yang katakan bahawa ia hanyalah rambut palsu tetapi jika anda lihat dengan teliti, ia seperti akarnya juga blonde!