Eksklusif: Diari Cantik Bersama Khadija Meor
khadija meor

Eksklusif: Diari Cantik Bersama Khadija Meor

Bulan ini GLAM menampilkan seorang Khadija Meor, anak kepada pelakon wanita tanah air, Sofea Jane, dan juga merupakan pemilik bersama akaun Instagram ‘Pwincess Diaries‘. Dia sememangnya menjadi inspirasi wanita dan anak-anak muda hari ini baik daripada segi berfesyen atau juga dalam menjaga kecantikan.

#1 Cantik itu penting, bagaimana anda akan menggambarkan estetika kecantikan secara keseluruhan?

Sesuatu yang minimalis seperti penggunaan solekan dan penjagaan kulit. Penggunaan tinted serum adalah pilihan saya, tidak lupa juga pemerah pipi jenis cecair dan produk bibir berasaskan SPF merupakan keutamaan saya. Seperti rutin pagi, saya akan menyerlahkan sinar semula jadi wajah yang sihat tanpa sebarang solekan.

khadija meor

#2 Siapakah ikon cantik atau pempengaruh yang menjadi inspirasi?

Moya Mawhinney adalah panduan terkini saya dalam hal kecantikan dan estetika. Pendekatannya yang anggun dalam fesyen, kecantikan, penjagaan kulit dan gaya hidup cukup memberi saya terinspirasi. Saat saya sering menggayakan diri saya ala ‘French’ ia seperti menyerap pengaruh Moya dalam jiwa saya!

See also
Alami Wangian Bersempena Musim Percutian Dengan Edisi Terhad Le Labo Holiday Discovery Set

#3 Kongsi trend kecantikan pilihan anda?

Cool-Toned Eye Makeup! Trend solekan mata tebal dan gelap sudah berlalu, kini memberi laluan kepada sesuatu yang kontemporari seperti pemilihan warna sejuk dalam rona biru, merah jambu atau hijau.Saya amat sukakan trend kening lebat. Walaupun belum pernah mencuba brow lamination, kini hanya dengan merias kening dengan menggunakan gel kening yang ringkas. Saya dapati bahawa teknik ini mengemaskan dan merapikan kening saya.

khadija meor

#4 Apakah produk atau kandungan kecantikan yang kini anda obses?

Saya kini cenderung memilih produk berasaskan vitamin C terutama dalam produk pelembap atau pelindung UV. Juga ramuan seperti ‘Air Beras’ juga memberikan kesan kulit bersinar. Antara produk yang kini saya pakai seperti Chucks Off-Duty Cleansing Balm, dan Lumi Cica Calming Super Serum dan Asid Hialuronik.

#5 Tips untuk kelihatan lebih yakin dengan kecantikan semulajadi?

Sentiasa membawa keterampilan diri yang meyakinkan. Mudah, hanya perlu yakin bahawa pada saat itu anda wanita paling cantik ketika itu. Ini secara tidak langsung, menyebarkan aura positif yang membuatkan orang lain melihat anda menonjol. Seperti saya, saya gemar akan kelainan yang membangkitkan keyakinan diri saya.

See also
Pengarah Kecantikan Global Baru Estée Lauder Seorang Youtuber

 

Gambar: Instagram Khadija Meor