Penyanyi popular dan pemenang anugerah Grammy untuk Artis Baru Terbaik tahun lepas, Dua Lipa kini mengorak selangkah lagi memperkasakan resume seni nya apabila disunting menjadi wajah eksklusif untuk kempen wangian terbaru dari Yves Saint Laurent’s, iaitu Libre.
Peminat Dua Lipa seakan tidak senang duduk apabila penyanyi kegemaran mereka ‘mengusik’ mereka dengan beberapa sedutan pengambaran kempen tersebut melalui beberapa hantaran di laman sosialnya.
Wangian eksklusif ini digambarkan sebagai fougere oriental, yang mempunyai aroma bunga melati, lavender dan oren yang nyata mengujakan. Dan baru-baru ini, Dua Lipa berkongsi video rasmi kempen ini menyaksikan Dua Lipa menyarung busana hitam menawan dan khabarnya pengambaraan itu mengambil masa 4 hari di Malibu dan The Grand Canyon. Congrats Dua Lipa! We love it!