Dua Gaya Solekan Sempena Aidilfitri Pilihan GLAM - Page 2 of 2 - Glam Malaysia

Dua Gaya Solekan Sempena Aidilfitri Pilihan GLAM

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. MochaMousse – Elegan Matte Dengan Sentuhan Mocha

Solekan ini sesuai untuk mereka yang mahukan kemasan yang lebih lembut tetapi tetap sofistikated dan tahan lama sepanjang hari.

Langkah solekan:

  • Untuk hasil wajah yang licin dan sempurna, gunakan STUDIO FIX FLUID SPF 15 24HR MATTE FOUNDATION + OIL CONTROL yang memberikan liputan penuh dan kemasan matte tanpa cela.

  • Bibir pula diwarnakan dengan MACXIMAL SLEEK SATIN LIPSTICK, rona mocha yang trendy dan berkelas, memberikan elemen moden tetapi tetap klasik.

  • Lengkapkan solekan dengan semburan FIX+ ORIGINAL, memastikan solekan bertahan sepanjang hari tanpa kelihatan cakey atau pudar.

Padanan gaya:
Solekan ini sesuai dipadankan dengan jubah moden atau kaftan dalam tona monokrom seperti hitam, putih, atau kelabu. Untuk aksesori, pilih rantai panjang atau anting-anting berstruktur bagi menyerlahkan keanggunan wajah.

Tahun ini, jadikan Aidilfitri lebih bermakna dengan solekan yang berseri dan penuh keyakinan. Sama ada anda memilih gaya ChestnutMakeup yang glamor atau MochaMousse yang minimalis tetapi elegan, pastikan solekan anda melengkapkan aura keanggunan di pagi Syawal.

See also
Coco Mademoiselle Inspirasi Wanita Moden

Bersiaplah untuk tampil menawan dengan solekan yang mempesona.

ARTIKEL BERKAITAN: Jauhari Pilihan Anna Jobling Sempena Lebaran Ini