Disebalik Gaya Rambut Ikonik Puteri Diana - Glam Malaysia

Disebalik Gaya Rambut Ikonik Puteri Diana

The story behind Diana, Princess of Wales’ iconic hairstyle!

 

tim-graham-getty

Sumber: Tim Graham / Getty Images

Siapa boleh lupakah gaya rambut ikonik Puteri Diana yang menjadi kegilaan ramai pada tahun 1990an? Bekas penggaya rambut peribadi buat Puteri Wales tersebut, Sam McKnight baru sahaja melancarkan bukuna serta sebuah pameran yang menyentuh sedikit tentang latar belakang gaya rambut tersebut.
 

Kata Sam kepada the Daily Mail, kali pertama beliau mendandan rambut puteri tersebut adalah pada tahun 1990 buat penggambaran fesyen bersama jurugambar terkenal, Patrick Demarchelier. Pada mulanya, Sam beranggap bahawa personaliti yang akan digayanya ialah Margaret Thatcher.
 

 
Gaya yang dibuat Sam hari itu terhasil melalui sebuah trik dandanan rambut, dengan menggunakan hair grips bagi mengukuhkan posisi tiara di atas rambut panjang bahu puteri Diana, bagi memberi ilusi jelitawan tersebut mempunyai rambut pendek.

Puteri Diana ternyata jatuh cinta akan hasil gaya itu.

 
Selepas penggambaran dijalankan, Puteri Diana bertanya kepada Sam akan apa yang dilakukannya jika puteri tersebut memberinya kebebasan akan rambut beliau. Sam menjawab, “Saya akan potong semuanya”. Puteri Diana terus yakin dengan jawapan esentrik itu. Dan selainnya, terukir di sejarah!

See also
Dengan Bayaran Sebanyak $13.1 Bilion LVMH Kini Memiliki Dior Sepenuhnya

 

gemma-levine-hulton-archive-getty-images

Sumber: Gemma Levine / Hulton Archive / Getty Images

And when the photos from the shoot made its way to the public, the hairstyle pops up almost everywhere you can imagine!

 
Ia sememangnya kontra dengan status quo gaya rambut pada tahun 1980an yang bermoto, “the bigger, the better“. Sam kemudian terus bekerja rapat bersama Puteri Diana sehingga pengakhiran kehidupannya pada tahun 1997.

 
 
Oleh: Aizat Azman Shah