Dior La Mousse OFF/ON Bersih Kesan Solekan Dengan Efektif - Glam Malaysia

Dior La Mousse OFF/ON Bersih Kesan Solekan Dengan Efektif

Ekstrak Bunga Water Lily penyeri ramuan utama La Mousse OFF/ON dalam rutin membersih wajah sambil menyingkir kesan solekan.

Masa untuk bertukar rutin. Dior Beauty hadir dengan La Mousse OFF/ON yang direka untuk memudahkan gaya hidup anda! Sesuai untuk semua jenis kulit, membersih solekan nipis mahupun tebal dan tidak kira masa dan tempat. Tiada lagi stress melanda kerana bukan sahaja melindungi kulit wajah dari pencemaran malah mengekalkan keanjalan kulit agar kekal segar. Intipati utama Water Lily adalah eko-sistem semula jadi kerana kemampuannya dalam detoks molekul logam.

Saban hari, kulit mengandungi jumlah minyak yang tidak terkawal menerusi pemakaian barangan mekap dan termasuk juga krim tabir suria yang sememangnya punya konsentrasi minyak yang tinggi. Ini penyebab mengapa kesan solekan pada kulit susah hendak hilang secara mendalam, malah kulit seperti tidak bersedia untuk melalui rutin penjagaan kulit. Dalam masa satu jam selepas penggunaan La Mousse OFF/ON kulit terhalang daripada efek pencemaran.

See also
Transformasi Gaya Rambut Selebriti Sepanjang 2020

Mewah bertekstur krim apabila berinteraksi bersama air menyerlahkan efek ‘soft airy foam’ mengekalkan kesinambungan formula dan membibit rasa sensorial kala di sapu lembut pada wajah.

Artikel berkaitan Miss Dior Kini Generasi ‘Portable’

 

La Mousse OFF/ON tidak terbatas untuk semua jenis kulit termasuklah kulit terlalu sensitif. Kulit kembali lembap seperti sediakala selepas 6 jam kerana ia diperkaya dengan Corflower Water Complex dan ekstrak Liquorice. Ekstrak Water Lily didapati di Latour-Marliac Dior Garden di Lot-et-Garonne yang dimiliki oleh Joseph Bory Latour-Marliac sejak 1875.

EMMA RADUCANU WAJAH KEMPEN DIOR LA MOUSSE OFF/ON

Bintang yang semakin bersinar dalam dunia sukan tenis, pemain termuda yang berusia 17 tahun memenangi Grand Slam, Emma Raducanu kini dipilih sebagai wajah kempen untuk La Mousse OFF/ON. From the tennis court to the glamorous studio, Emma Raducanu kelihatan cukup bersinar dan bertenaga. Kempen ini dirakam oleh Gordon Von Steiner dan Daniel Jackshon untuk sesi fotografi. Lambang kesucian, menjadi diri sendiri dan eksplorasi personaliti dari setiap sudut, itulah keistimewaan gadis ini bergelar sebagai Dior Woman.

See also
Rahsia Kecantikan Daripada Ikon Kecantikan: Marilyn Monroe