Dior Forever, Tambah Lagi Produk Dalam Keluarganya - Glam Malaysia

Dior Forever, Tambah Lagi Produk Dalam Keluarganya

Dior Forever menambah lagi produk baharu dalam rangkaian sedia ada, dan ini membuatkannya terus menjadi rangkaian asas solekan paling digemari peminat Dior. Dior Forever memang sudah berjaya menambat hati sejak ia diperkenalkan. Sejak wajah Natalie Portman menghiasi kempennya beberapa tahun dahulu, Dior Forever berjaya mengubah persepsi bedak asas dari jenama Eropah tidak sesuai dengan ton kulit wanita Asia. Namun persepsi itu berubah sejak Dior Makeup melancarkan himpunan ini, kepelbagaian warna membuatkan bedak asas ini menjadi kesukaan ramai, apatah lagi ia turut divariasikan dengan pilihan kemasannya- pusam dan glow. 

Tampak asli, selesa dan tahan lama adalah tiga kunci utama dalam senarai semak solekan. Dior merealisasikan impian semua menerusi rangkaian Dior Forever, hajat mereka mahu meletakkan wanita pada tempat seharusnya, kata mereka menerusi kempen ini ‘Put women into the spotlight, where they belong. Forever’.

Dior Forever, Tambah Lagi Produk Dalam Keluarganya

Bedak asasnya dan juga bedak kusyennya sudah jadi kesukaan ramai wanita seluruh dunia sejak dilancarkan. Selain kualiti pada tekstur juga kemasan sapuannya, rangkaian bedak asas ini punya banyak ton warnanya menjadikan ia satu rangkaian yang cukup universal.

See also
Solekan "Over-the-top" Daripada Paris Fashion Week Anda Patut Cuba

Rangkaian solekan ini adalah karya makmal Dior yang mengandungi manfaat seperti produk penjagaan kulit. Dior menyuntik lebih kurang 86 peratus ekstrak bunga-bungaan dalam rangkaian ini, yang mana ekstrak inilah yang menjadi kunci utama dalam memastikan kulit kekal lembap dan sihat sepanjang kulit dibaluti bedak.

Artikel Berkaitan: Rouge Dior Baharu Tampil Dengan 75 Warna

Tahun ini Peter Philips bersama Dior melancarkan tiga lagi produk untuk memeriahkan lagi rangkaian ini. Antara tiga produk itu ialah Dior Forever Skin Veil SPF 20, iaitu asas solekan yang punya kualiti lembapan yang lebih ekstrem. Kedua, mereka memperkenalkan Dior Forever Cushion Powder, bedak kusyen yang boleh dibawa kemana-mana sahaja untuk memastikan solekan nampak segar. Dan yang ketiga (saya cukup sukakan ini), Dior memperkenalkan Dior Forever Perfect Fix, iaitu semburan wajah yang menyegarkan, disemburkan selepas siap bersolek.

Dior Forever, Tambah Lagi Produk Dalam Keluarganya
Dior Forever Skin Veil SPF20

“Idea asalnya ialah mahu mencipta lapisan yang mengunci solekan, sesuatu yang ringan dan mudah begitu juga dengan semburan wajah. Perfect Fix mengunci solekan dengan mudah, ringan dan punya efek yang menyegarkan yang mana ia mengandungi kepekatan air sebanyak 90 peratus. Ia menyediakan penghidratan dengan segera. Formulanya dikembangkan untuk digunakan di dalam mikroroplet yang menghasilkan rasa segar dalam lapisan tipis bedak asas, membuatkan solekan kekal tanpa membuat kulit terasa berat dan rimas,” kongsi Peter Philips saat bercerita tentang idea dan proses pembikinan Bintang bahar dalam koleksi ini.

See also
Tiga Produk Melengahkan Penuaan Decorte

Artikel Berkaitan: Dior Makeup Perkenalkan Stick Blush Pertamanya