Dior Addict Cipta Fenomena - Glam Malaysia

Dior Addict Cipta Fenomena

Penuh berseri-beri bab rama-rama terbang bebas di udara. Dior Addict 2022 hadir dengan ilham terbaru yang telah direka kembali oleh Peter Philips.

Inspirasi kebebasan wanita tanpa kompromi malah lebih bersinar dari sebelumnya mengajak wanita membuka lembaran baharu. Koleksi gincu Dior Addict punya keistimewaan dan legasi tersendiri. Untuk meraikan kembali kegemilangan ini Peter Philips dan Dior bersatu dalam mencipta formulasi terbaru dalam menggunguli kesan kilauan berpanjangan dan hanya dihasilkan menerusi intipati semulajadi sebanyak 90 peratus yang juga dilengkapi dengan formula penjagaan bibir. Hampir 200 kali percubaan selama dua tahun dilaksanakan untuk mencari formula tepat dalam mengekalkan hidrasi selama 24 jam dan efek sinar selama enam jam pemakaian. Antara highlight ramuan terbaru kali ini adalah bunga Jasmine yakni pilihan bunga kegemaran Christian Dior dengan menggunakan teknik Jasmine Wax yang menganduni fatty acid. Efek ini membantu melembapkan bibir dan beri kesan keselesaan. Minyak Plum pula sebagai esensi dalam mengekalkan kelembapan selama 24 jam. Gabungan formula ini cetus pengalaman luar biasa dengan tekstur lightweight.

See also
Ekstrak Madu Lebah Hitam Untuk Kulit Awet Muda

Sebanyak 40 pilihan palet warna terhasil berdasarkan ilham klasik dan ciptaan asli  iaitu Dior 8 yakni rona merah terang lambang ultra-trendy dan nombor bertuah untuk rumah fesyen Dior. Setiap palet warna ini menonjolkan keperibadian wanita serta personaliti mereka lebih bersinar jelas.Menurut Peter Philips, “ Dengan barisan gincu Dior Addict baharu ini menyasarkan kecemerlangan dalam rekaan, warna dan tahap kilauan. Malah, bingkisannya pula terinspirasi daripada pentas peragaan Dior.This is Dior, addicted to beauty, fashion and shine at its fullest!”

Artikel berkaitan Dior La Mousse OFF/ON Bersih Kesan Solekan Dengan Efektif

Di sebalik kelongsong mewah lacquer bersama efek black vinyl yang dilengkapi dengan logo Dior adalah memberi penghormatan kepada Avant-Garde. Malah, keunikan Dior Addict 2022 hadir dengan konsep refill yang membolehkan anda memilih kelongsong mengikut musim atau koleksi couture yang diilhamkan istimewa. Kempen #SHINEATATTITUDE menampilkan tiga ikon wanita yang berjiwa penuh feminin, ekspresi tersendiri dan hebat dalam dunia masing-masing. Aktres terkenal Anya Taylor-Joy, penyanyi K-Pop terkenal BLACKPINK, Jisoo dan ikon fesyen generasi baharu dan pelukis , Sharon Alexie bangkit dalam personaliti unik dan menyerlahkan personaliti wanita bersinar dan bebas. Kempen ini oleh jurugambar Liz Collins.

See also
5 Krim Pelembap Wajah Perlu Ada Bulan Ini