Diari Cantik GLAM Bersama Pelakon, Siti Hariesa - Glam Malaysia

Diari Cantik GLAM Bersama Pelakon, Siti Hariesa

Kenali dengan lebih dekat lagi pelakon cantik yang juga merupakan Beauty Connoisseur GLAM Beauty Club, Siti Hariesa, tentang rutin kecantikannya yang terkini.

Rutin Cantik Siti Hariesa

1. Anda seorang yang sukakan solekan atau lebih gemar hanya memfokus kepada penjagaan kulit wajah?

Untuk masa sekarang, saya lebih mengambil berat tentang penjagaan kulit wajah. Ini kerana saya sedar diri semakin meningkat umur dan kulit berpotensi untuk menua cepat, jadi saya harus memberi perhatian lebih kepada rutin ini.

2. Sebagai seorang pelakon yang sering bersolek sewaktu di set penggambaran, bagaimana anda memastikan kulit wajah dalam keadaan sihat?

It is all about double cleansing. Setiap kali saya pulang dari set penggambaran selalunya sudah lewat malam, muka pula disolek dengan solekan tebal. Diri juga sangat penat. Namun saya selalu mengingatkan diri saya yang saya harus mencuci muka dengan bersih. Bukan sekadar mencuci dengan cleansing balm semata-mata, saya harus mencuci dengan pencuci wajah kedua bagi memastikan kulit wajah betul-betul bersih.

See also
Lily-Rose Depp Membintangi Kempen Rouge Coco Gloss Oleh Chanel

Siti Hariesa

3. Siapakah yang mendorong anda untuk tip double cleansing ini?

Saya belajar daripada kawan saya. Dia seorang facialist, jadi saya banya mengetahui tentang info-info kecantikan daripada dia.

4. Adakah anda mempunyai rutin penjagaan wajah yang berbeza buat pagi dan malam?

Sejujurnya, rutin pagi dan malam saya sama sahaja. Bermula dengan double cleansing, kemudian saya juga sudah mula dengan sebuah rutin baharu, di mana menggunakan tisu bermaterial buluh untuk mengelap kering wajah. Diikuti pula dengan langkah toner, serum, pelembap wajah, krim mata dan tidak dilupakan pelindung wajah. Oh ya, saya sangat sukakan krim wajah bertekstur pekat dan kaya baik pagi dan malam.

5. Siapakah idola cantik anda?

Devon Lee Carlson, jika anda mengenali kumpulan The Neighbourhood, dia merupakan bekas kekasih kepada penyanyi kumpulan itu haha. Ya, Carlson merupakan idola cantik saya. Bukan sekadar kecantikan, dia juga idola fesyen saya. She is everything to me, I love her!

 

Gambar: Siti Hariesa

Pautan Berkaitan: Millennial It-Girl: Fyrone Taylor 

See also
Inovasi Kesegaran Mutlak Dari Shiseido