Dermatologist Kongsi Rahsia Kecantikan Lindsay Lohan
Rahsia kecantikan kulitnya? Dr. Radmila Lukian dari Dubai yang menjaga setiap detik dan inci muka bintang Hollywood, Lindsay Lohan.
Aging in reverse or aged like fine wine? Lindsay Lohan, 38 tahun, kini tampil dengan look lebih muda, bintang yang pernah menjadi idola remaja setiap gadis pada era 1990-an, masih kelihatan hampir sama seperti zaman kegemilangannya dahulu. Walaupun jelas sekali Lindsay Lohan menjaga penampilannya dengan rapi, rahsia utama kulitnya kekal mulus selama bertahun-tahun adalah hasil sentuhan ajaib Dr. Radmila Lukian, pakar dermatologinya dari Dubai. Terbukti new look Lindsay Lohan benar-benar GlowUp buat umurnya yang mencecah 40 tahun. Ternyata umur hanya sekadar nombor.
Lindsay Lohan In Her 20’s Face
“Trust and confidence are the foundation of our relationship @lindsaylohan”. disertai dengan, Such a pleasure having my lovely @lindsaylohan at Lucia Clinic. I love taking care of your skin’s health and beauty!” kata Lindsay Lohan di Instagramnya.
Diketahui rutin yang digemari Lindsay Lohan adalah memulakan paginya dengan meletakkan tuala sejuk ke muka, yang boleh membantu mengurangkan puffiness dan memberikan kesegaran. Lindsay juga peminat Avene Redness Expert Soothing Moisturising Cream dan Tolerance Control Soothing Cream produk yang memberi hasil untuk menenangkan dan memberikan hidrasi kepada kulit sensitif. Seterusnya, Lindsay juga menggunakan Peter Thomas Roth Under Eye Patches dalam rutinnya, produk ini sangat berkesan untuk memberi penyegaran pada kawasan bawah mata. Selain mengandungi kandungan seperti Hyaluronic Acid, produk ini juga mengandungi kafein dan arnica yang membantu mengurangkan masalah penggelapan bawah mata cukup sesuai untuk selebriti sibuk seperti Lindsay Lohan.
Selain dari rawatan pakar dermatologi dari Dr. Radmila Lukian, Dubai, Lindsay juga ada menyebut mengenai rawatan seperti Morpheus IPL lasers. Morpheus 8 menggabungkan Radio Frequency dengan Micro Needling yang dapat membantu dengan tekstur kulit serta mengekalkan keanjalan kulit. IPL atau Intense Pulse Light mensasarkan pigmen dan memberikan tona kulit yang lebih sekata secara keseluruhan. Tidak mengejutkan apabila melihat gambar-gambar beliau yang menunjukkan beliau mungkin menggunakan Botox, Blepharoplastry, fillers, brow lift, rhinoplasty, untuk tambahan kecantikan. Khabar angin mengenai “glow-up” pembedahan plastik bernilai $300K.
Artikel Berkaitan: Rutin Solekan It-Girl Gabbriette