Deepika Padukone Cipta Sejarah Di World Cup Dan Kecantikan Holistik 82°E
Antara wanita tercantik dunia yang juga menerima jolokan Golden Ratio of Beauty cipta sejarah apabila menjadi individu pertama mengiringi trofi FIFA di Qatar. Deepika Padukone turut memperkenalkan kecantikan holistik 82°E.
Semalam terlakar sejarah baru buat India dan juga aktres cantik Deepika Padukone apabila muncul di tengah-tengah padang bersama lagenda FIFA bekas pemain bola sepak profesional Sepanyol, Iker Casillas Fernandez. Dia terlihat mengiringi trunk Louis Vuitton yang berisi trofi emas FIFA World Cup. Aktres cantik ini juga merupakan duta antarabangsa jenama ini sejak Mei 2022.
Bukan itu sahaja, Deepika juga baru sahaja memperkenalkan jenama kecantikan holistik miliknya iaitu 82°E. Dia mengikut jejak langkah seperti Brad Pitt, Kim Kardashian, Hailey Beiber yang juga bidan terjun dalam dunia kecantikan. ‘82°E’ digelar sebagai eight-two east fokus kepada penjagaan kulit. Katanya, inspirasi di sebalik nama ini kala merentasi masa yang membelahi benua India serta keunikan budaya di sana.
Menerusi misinya mempraktikkan penjagaan diri dengan ringkas, joyful dan sesuai dengan rutin harian, 82°E adalah memfokus kepada kecantikan holistik yang lebih menerapkan kepada kesihatan mental dan gaya hidup yang sihat. Oleh itu setiap produk dihasilkan menggunakan kandungan dan teknologi inovasi. Mengikut landasan barangan kosmetik masa kini, jenama 82°E merupakan vegan, clean dan cruelty-free.