Davina Karamoy Kongsi Rutin Kecantikan Dari Luar Dan Dalam - Glam Malaysia

Davina Karamoy Kongsi Rutin Kecantikan Dari Luar Dan Dalam

Rutin kecantikan Davina Karamoy membuktikan bahawa penjagaan kulit mampu menyerlahkan kecantikan semula jadi dari luar dan dalam.

Davina Karamoy merupakan seorang pelakon dan model Indonesia yang semakin mendapat perhatian ramai menerusi penampilan lakonannya di filem Ipar Adalah Maut. Selain bakat lakonan yang hebat, wajah jelitanya sering menjadi bualan, menjadikan Davina inspirasi dalam dunia kecantikan. Menurutnya melalui sebuah temubual, kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sangat penting dan ini merupakan rutin yang diamalkan Davina.

1. Pencuci wajah: Clé de Peau Beauté

Untuk permulaan hari, Davina membersihkan wajah dengan pencuci dari Clé de Peau Beauté iaitu jenama mewah dari Jepun yang terkenal kerana formulanya yang lembut tetapi berkesan menghilangkan kotoran tanpa membuat kulit kering.

2. Sunscreen: Dr’s Secret

Langkah penjagaan ini paling dititikberatkan oleh Davina iaitu produk perlindungan daripada sinar UV. Dia memilih sunscreen dari DR’s Secret, pelindung matahari dengan SPF yang sesuai untuk aktiviti luar serta membantu menjaga kulit dari sinar matahari sambil memberikan look dewy semula jadi yang segar.

See also
Skincare Reset: Rutin 30 Hari Untuk Kulit Cantik Berseri Menjelang Tahun 2026

3. Masker muka: Hey Gurl

Sebagai langkah tambahan self-care, Davina menggunakan masker muka dari Hey Gurl, jenama penjagaan kulit dari Indonesia yang popular dengan masker yang membantu mendalamkan pembersihan dan memberi sensasi kesegaran. Masker seperti ini sangat berguna untuk menghilangkan sel kulit mati dan membuat kulit nampak lebih cerah.

4. Terapi rambut: Sovana

Untuk penjagaan rambut, Davina menjaga rambutnya dengan terapi rambut dari Sovana yang memberi fokus kepada kesihatan rambut, dari akar hingga hujung. Produk seperti ini biasanya mengandungi bahan yang melembutkan, menguatkan, dan memberi sinar semula jadi rambut agar tetap tampak bersinar meskipun sering digayakan.

5. Bodyscrub: Hey Gurl

Bodyscrub dari Hey Gurl juga termasuk dalam rutin penjagaan tubuhnya. Lulur badan ini membantu menanggalkan sel kulit mati, menjadikan kulit badan lebih halus, bersih dan membantu penyerapan losyen selepas mandi.

6. Minyak wangi: Amthra

Sebagai sentuhan akhir pada penampilan, Davina memilih wangian dari Amthra, minyak wangi dari Bali, Indonesia yang digemari kerana aromanya yang elegan, tahan lama, dan tidak terlalu kuat, sesuai untuk dipakai sehari-hari mahupun acara istimewa.

See also
Amalkan Tip Ini Untuk Elak Mulut Berbau Ketika Puasa

7. Penjagaan dalaman: Matcha asli

Selain penjagaan dari luar, Davina juga memberi perhatian kepada penjagaan dari dalam dengan mengambil minuman matcha asli secara teratur. Matcha kaya antioksidan yang dipercayai dapat membantu detoks tubuh, menambah tenaga, serta memberi manfaat kepada kulit secara keseluruhan  membuat kulit tampak lebih cerah dan sihat dari dalam.

Artikel Berkaitan: Kenali Davina Karamoy Pelakon Kontroversi Dalam Ipar Adalah Maut

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.