Dandanan Mahkota Ala Unicorn Gigi Hadid - Glam Malaysia

Dandanan Mahkota Ala Unicorn Gigi Hadid

Suatu ketika dahulu, trend rambut berona unicorn pesat diikuti penggemar trend! Jika anda beranggap trend itu telah lesap ditelan zaman, Gigi Hadid membuktikan sebaliknya!

 

Supermodel itu mengucapkan selamat tinggal kepada mahkota blonde ikoniknya buat seketika ini, untuk tona merah jambu keungguan — sekali gus mengembalikan obsesi ramai akan trend ini!

 

Gigi, 22, memuat naik foto akan gaya terbaharunya itu di laman Instagram beberapa hari lalu. Dalam foto tersebut, rupawan ini dilihat menyarungkan baju T bermotifkan Star Wars. Rambutnya diikat tinggi, mempamerkan rona-rona daring itu dengan jelas! Gigi dilihat tidak mengenakan mekap, atau mungkin hiasan ringkas bersama gincu nude. 

 

Mengikut video di akaun Snapchat gadis fesyen itu, dandanan baharu ini hanyalah untuk kempen sebuah jenama kecantikan. Pada bulan Jun lepas, Gigi kembali kepada warna rambut asalnya selepas dilihat menggayakan tona yang lebih gelap.