"Sudah 9 Tahun Tak Makan Nasi" - Diet Sihat Che Puan Syamim Farid - Glam Malaysia

“Sudah 9 Tahun Tak Makan Nasi” – Diet Sihat Che Puan Syamim Farid

Siapa tidak mengenali pengacara dan pelakon cantik yang juga bekas Dewi Remaja, Che Puan Syamim Farid, yang selama ini terkenal dengan kejelitaan dan keanggunannya. Menerusi sesi soal jawab bersama peminat di ruangan Instagram Stories miliknya, beliau mendedahkan dirinya sudah sembilan tahun tidak mengambil nasi dalam diet harian. Patutlah Che Puan Syamim tampak sentiasa ayu dan terjaga penampilannya.

Syamim juga khabarnya tidak mengambil ayam serta daging kerana ingin menjaga kesihatan. “Saya tak makan nasi dah sembilan tahun. Ayam, daging, makanan berminyak dan gula juga saya pantang. Satu perkara tentang saya, bila saya dah mula sesuatu, saya akan buat betul-betul. Disiplin diri. No cheat day. Nak berhenti makan sesuatu tu memang susah. Tapi fikir tentang diri sendiri, awak jaga diri, jaga makan, bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri. Kalau sayang diri, makan makanan berkhasiat,” tulisnya.

Isteri kepada Tengku Ezrique Ezzuddean itu turut mengakui agak susah untuk tidak mengambil nasi. “Bila dah lama rasa biasa sampai nampak nasi pun dah tak ada selera. Apatah lagi bila you dah mula workout dan dah mula bina otot, terutamanya abs, awak akan jaga makan sebab akan rasa rugi bila tak makan makanan berkhasiat. Saya tak gemar sangat perasaan lepas makan nasi. Selalunya mesti akan rasa kembung, rasa perut tu penuh dan terlalu kenyang dan saya ganti nasi dengan couscous, quinoa dan salad.”

See also
Trend Kuku Chrome Untuk Tahun 2017

Syamim dan suami, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2016 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Syamim Farid dan suami.

Foto: Instagram @syamimfarid