Coming Soon: Kerjasama Caitlyn Jenner & Jenama Kosmetik Besar
PERSONALITI TV Caitlyn Jenner telah melancarkan gincu Viva Glam “Finally Free” hasil kerjasama dengan jenama kosmetik gergasi M.A.C pada tahun lalu dan pada 5 Januari ini bakal melancarkan koleksi kosmetik terbaru.
A photo posted by Caitlyn Jenner (@caitlynjenner) on
Berpegang kepada prinsipnya Caitlyn yang sentiasa menekankan keterangkuman dalam apa jua perkara telah memastikan koleksi ini sesuai untuk semua umur, bangsa, dan jantina. Antara nama-nama produknya untuk koleksi ini termasuklah “Tolerance”, “Compassion”, “Kindness”, dan “Authentic.”
Koleksi ini turut menampilkan warn-warna klasik seperti gangsa dan emas metalik, merah glamor dan warna-warna ros.