Charlize Theron dan J’adore Gabungan Sensual Mewah Sempurna
J’adore kembali sebagai peneman setia wanita yang menonjolkan personaliti dan citarasa mewah. Harumannya diformulakan untuk mewakili setiap bunga yang wujud di dunia lantas menjadikannya sebagai “a perfect flower that doesn’t exist”.
Theron yang dipilih menjadi wajah haruman ini menguasai essence sebenar J’adore. Kecantikannya, senyumannya dan pendiriannya bertepatan dengan visi Jean-Baptiste Mondino, pengarah filem untuk kempen haruman ini.
Ibarat mimpi yang memenuhi keinginan wanita, J’adore lahir dalam gabungan antara air dan batu, matahari dan angin.