Change is Good - Glam Malaysia

Change is Good

T65787840_Max

Gambar: Arkib GLAM


 
oleh: Suzie Adnan
 
Saya bukan dikalangan mereka yang suka bereksperimen dengan solekan. Saya tahu apa yang sesuai dengan tona kulit wajah dan cuma menggunakan satu dua warna tertentu sahaja untuk gincu bibir termasuklah bedak kompak dan sebagainya – kesemuanya daripada jenama yang sama dengan nombor siri yang sama. Saya ‘takut’ pada tekstur glos, shimmer dan hingga kini masih setia pada matte. Walau ada majlis siang mahu pun malam, formal atau tidak, solekan saya sama sahaja; cuma bezanya lebih pigmen atau tidak. Percaya atau tidak, rutin ini tidak pernah berubah sejak saya diusia awal 20-an!
 
Banyak kali saya cuba ‘memberanikan diri’ untuk mencuba warna baru. Kalau ada pun, gincu misalannya, warna tidak akan lari jauh daripada nude atau taupe. Mahu pakai gincu merah jauh sekali. Mungkin sesekali saya akan cuba akan tetapi kurang sejam selepas itu pasti saya akan lap bersih. Dahulu saya mungkin nampak adventurous kala berfesyen, tapi hakikatnya, saya enggan ubah gaya solekan biarlah trend berputar pantas sekali pun. Signature look lah kononnya. Sampaikan kalau disolekkan jurusolek professional pun, hati ini sepertikan berbelah bahagi. Jadi, bagaimana?
 
Daripada satu musim ke satu musim lain, trend cantik pasti bertukar-tukar. Satu yang tidak akan berubah adalah keinginan wanita itu sendiri untuk berasa dirinya cantik di mata sendiri. Eksperimentasi itu bagus tetapi kala umur makin bertambah dengan keadaan kulit yang makin berusia, sesetengah trend tidak lagi relevan untuknya. Walau kata trend, eyeshadow biru itu look of the season sekali pun, jikalau tidak sesuai, mana mungkin empunya diri sanggup keluar rumah memakainya.
 
Berita baiknya, menurut analisa trend cantik terkini, gaya solekan natural itu masih ‘in’ cumanya ia disokong dengan tekstur glos dan tona pinkish yang mencipta glow. Sepertimana ketika saya ke acara Nars baru-baru ini, limpahan palet natural membuka kemungkinan baru untuk saya bertukar isi beg solekan. Sesungguh teknologi kecantikan sudah banyak berbeza berbanding dulu, malah bertukar pantas laksana trend. Bedak asas kini terasa nipis.

See also
5 Percutian Alam Eksklusif Mewah