CHANEL Rouge Noir Pilihan Ikonik Wanita Moden - Glam Malaysia

CHANEL Rouge Noir Pilihan Ikonik Wanita Moden

Warna ikonik CHANEL Rouge Noir yang lahir dari satu malam penuh inspirasi kini kembali dengan koleksi mekap serba eksklusif yang meraikan 30 tahun keanggunannya yang abadi antara merah dan hitam.

chanel noir

Rouge Noir. Dua warna legenda yang sarat dengan daya tarikan dan keberanian, misteri dan pendedahan. Sebuah komposisi dwi-warna yang sudah lebih 30 tahun menentang trend dan menegaskan wataknya, melampaui segala batasan. Dan watak macam mana? Setiap sapuan penuh tenaga dan gaya.

Rouge Noir mula mendominasi pentas peragaan fesyen saat pertunjukan Autumn-Winter 1994/95. Pengarah Kreatif Dominique Moncourtois, Heidi Morawetz, dan legenda Karl Lagerfeld sedang bereksperimen dengan pengilat kuku CHANEL untuk memberikan sentuhan segar. Inspirasi yang tidak terbatas, keberanian mereka mencampurkan merah dan hitam, bakat unik mereka menemui gabungan sempurna yang menangkap cahaya, menarik perhatian, dan memikat serentak.

Gabrielle Chanel adalah sumber inspirasi CHANEL Noir yang merevolusikan konsep keanggunan dan gaya. Dia membayangkan semula fesyen untuk wanita, membebaskan mereka daripada diktat dan konvensyen zaman itu. Seorang petualang dan usahawan yang tidak takut apa-apa. Selama 30 tahun berada dalam ruang yang selesa, tahun ini, di bawah visi kreatif  Ammy Drammeh, ahli COMETES COLLECTIVE telah kembalikan  CHANEL Noir dengan palet personaliti yang mendedahkan pelbagai dimensi istimewa lagi eksklusif. Palet warna lebih pelbagai dari merah ke hitam, memberi laluan kepada magenta dalam. Dalam koleksi ini, warna rose-grey dan mauve-brown berkilat menari di mata. Pink keunguan, coklat bata, mauve-beige, dan sudah tentu, Rouge Noir  menghiasi bibir. Magenta terang terbentang megah di pipi.

See also
Terinspirasi Gaya Ikonik COCO MADEMOISELLE

chanel noir

Artikel berkaitan CHANEL Tampil Solekan Kosmik Untuk Holiday 2025

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan