Cantik Dalam Masa 30 Hari
Empat minggu mungkin kelihatan singkat. Tetapi ramai yang tidak tahu banyak yang boleh dicapai dalam masa sebulan ini.
GLAM terokai rahsia untuk kelihatan cantik dan menawan dalam masa 30 hari.
Tip Untuk Kurus Dalam Masa 30 Hari
Bebas Gula
Gula sangat merbahaya apabila di ambil secara berlebihan, jadi bagi anda yang ingin menjalani diet yang sihat latihlah diri anda dengan minum minuman yang tak bergula. Antara minuman yang mempunyai zero kalori adalah air putih, teh tawar dan kopi tanpa gula.
Diet Karbohidrat Kompleks
Karbohidrat kaya dengan serat, antara makanan yang mempunyai banyak serat adalah beras merah, roti gandum, kentang dengan kulitnya. Beras merah mengandungi vitamin B kompleks dan serat yang penting untuk proses pengolahan energi, penghadaman dan juga lebih sukar disimpan sebagai lemak.
Makan Buah-Buahan
Antara snek yang terbaik untuk anda makan adalah buah-buahan. Dalam sehari, setidaknya ada harus mengambil dua jenis buah, untuk dimakan tiga kali sehari, dengan memakan buah usus seakan seperti dicuci, secara automatik metabolisme tubuh juga akan naik. Memakan buah sebelum makan akan menjadikan kalori yang masuk menjadi lebih sedikit dan vitamin serta mineral yang masuk itu akan membantu proses pengolahan sumber energi yang dimakan.
Elakan Makanan Yang Berminyak
Kadar lemak tepu yang dihasilkan melalui proses menggoreng akan menimbulkan peningkatan kadar kolesterol jahat dalam darah. Kolesterol jahat inilah yang mengundang penyakit jantung, hipertensi dan lain-lain lagi.
Bersenam
Bersenam adalah salah satu aktiviti yang boleh mengurangkan kalori dalam tubuh badan kita. Antara senaman yang senang tanpa menyakitkan badan anda adalah lari di atas treadmill, berjalan di sekitar taman rumah anda serta lalukan aktiviti yang dapat membuatkan anda berpeluh.
Tip Menghilangkan Parut Jerawat.
Kulit Kayu Manis
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Letak pada permukaan wajah yang berparut pada waktu malam dan cucilah pada keesokkan harinya dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.
Menggunakan Timun
Kisar timun dan tapis airnya, letak hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian basuh dengan air suam.
Lemon
Ambil perahan buah lemon dan lumurkan pada wajah yang berparut 2 kali sehari serta minum jus buah lemon sekali sehari. Ia dapat menghilangkan parut jerawat serta menguruskan badan.
Daun Lidah Buaya
Gunakan daun lidah buaya ambil jel yang terdapat di daun lidah buaya itu dan lumurkan pada bahagian yang berparut. Kemudian basuh muka anda dengan air suam.
Tip Memutihkan Gigi
Sodium Bikarbonat
Gosok gigi anda dengan menggunakan Sodium Bikarbonat atau lebih dikenali sebagai serbuk penaik. Kumur dan gosok gigi dengan ubat gigi biasa. Amalkan cara ini 2 kali seminggu anda pasti dapat hasil yang memuaskan.
Biji Asam Jawa
Ambil beberapa biji asam jawa kemudian goreng tanpa minyak, selepas itu tumbuk biji asam jawa itu sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi seminggu 2 kali.